Sultan Johor

Sultan Johor Hadir Majlis Aidilfitri Forest City

ISKANDAR PUTERI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Forest City, yang berlangsung di Forest City Golf Resort di sini, hari ini.

Ketibaan Sultan Ibrahim pada jam 1 tengah hari disambut Menteri Besar, Datuk Osman Sapian dan barisan EXCO kerajaan negeri.

Sultan Ibrahim meluangkan masa kira-kira satu jam menjamu santapan tengah hari dan meluangkan masa bersalaman dengan tetamu terdiri daripada penghuni Rumah Seri Kenangan Johor Bahru dan asnaf dari Mukim Tanjung Kupang.

Pada majlis itu, Osman menyampaikan sumbangan duit raya kepada 40 penghuni Rumah Seri Kenangan dan asnaf Mukim Tanjung Kupang.

Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Forest City adalah tahun kedua yang turut dimeriahkan dengan rakan perniagaan dan orang awam.

Sumber: Berita Harian

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *