Sultan Johor

Sultan Johor murka berita palsu

MUAR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini murka dengan tindakan segelintir pihak yang sengaja menyebar berita palsu mengaitkan baginda di dalam media sosial.

Menerusi laman Facebook (FB) rasmi, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda bertitah semua kenyataan atau laporan berita berkaitan baginda atau Keluarga DiRaja Johor hanya dikeluarkan Royal Press Office (RPO) iaitu Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga DiRaja Johor.

Sultan Ibrahim turut menitahkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang sengaja menyebarkan berita palsu atau memburukkan nama baginda serta Keluarga DiRaja Johor di laman sosial.

Baginda bertitah demikian dalam FB baginda, hari ini, merujuk berita bertajuk ‘Sultan Johor Mahu Semua Orang Jauhi PPBM’.

Berita palsu itu tular di dalam laman sosial hingga mengundang kemurkaan baginda dan titah itu mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Sumber: Berita Harian

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: