Sup Jagung

Resepi Sup Jagung & Isi Ketam Ala Chinese Stail Ni Pasti Tambah Selera Makan Anak

Adakalanya bila dah jadi mak memang buntu nak sediakan menu ringkas yang boleh buat anak berselera nak makan. Mak-mak memang bertuah jika anak jenis yang suka makan dan tak kisah dengan apa juga yang kita masak. Ini kerana ada anak-anak yang jenis memilih dan cukup payah untuk diajak makan meski telah mencuba pelbagai menu untuk memikat selera mereka.

Mak-mak tak perlu susah hati lagi jika anak tak nak makan.Boleh cuba resipi sup jagung & isi ketam Ala Chinese Stail ni, pasti buat anak makan bertambah-tambah. Cuti hujung minggu ini, apa kata cuba pancing selera anak-anak dengan resipi ini.

Resipi istimewa ini bukan sahaja enak, malah sihat untuk hidangan seisi keluarga. Anak gerenti suka! Cara nak buat pun senang je.

Bahan-Bahan:

  • 1 biji Bawang Holland(potong dadu)
  • 1 bungkus Jejari/isi ketam1 tin
  • Cendawan butang
  • 1 tin Jagung 300 gram
  • Isi ayam ( rebus dahulu kemudian carik halus isinya)
  • 1 liter Air rebusan ayam
  • 1 mangkuk air
  • 2 biji telur
  • 1 ketul kiub pati ayam (pilihan)
  • Sedikit tepung jagung dan gaul dengan sedikit air

Cara Membuat:

  1. Masukkan air rebusan ayam ke dalam periuk dan tambahkan dengan 1 mangkuk air, biarkan sehingga mendidih.
  2. Selepas itu masukkan bawang yang telah didadu dan biarkan seketika.
  3. Masukkan ayam yang telah dicarik,kiub pati ayam dan cendawan butang, gaul sebati.
  4. Tambahkan telur sedikit demi sedikit kedalam sup sambil tangan terus mengacau sup. Pastikan telur hancur dan tidak berketul-ketul untuk elak tekstur sup jadi tidak cantik.
  5. Perasakan dengan garam, kemudian masukkan isi/jejari ketam dan jagung.
  6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan gaul rata untuk menambah kepekatan sup.

Siap! Selamat Mencuba!

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *