Syafiq Ahmad Berjumpa Tmj

Syafiq Ahmad Ke Johor Bahru Atas Jemputan TMJ

 

Gambar penyerang muda Kedah, Syafiq Ahmad yang tular di media sosial bersama pemilik kelab Liga Super JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sejak semalam mendapat perhatian penyokong tempatan.

Gambar yang mula dimuatkan di Facebook rasmi Johor Southern Tigers kini telah dikongsi lebih 300 dan disukai lebih 11,000 orang sejak jam tiga petang tadi.

[AdSense-B]

Rata-rata penyokong Harimau Selatan telah mengalu-alukan kehadiran penyerang muda itu walaupun intipati penjumpaan yang turut menyaksikan kehadiran bekas penyerang JDT yang juga duta hubungan antarabangsa kelab JDT, Luciano Figueroa tidak didedahkan.

Gambar dengan keterangan – ‘kualiti menarik kualiti’ turut memperlihatkan penghargaan yang ditunjukkan oleh kelab tersebut terhadap Shafiq yang merupakan pemain kelahiran Pulau Pinang.

Bagaimanapun, ada juga pengikut laman tersebut tidak setuju dengan tindakan JDT memuatkan gambar berkenaan kerana Syafiq masih lagi mempunyai kontrak bersama Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) malah Kedah dan JDT juga masing-masing masih lagi bersaing di peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2017.

Syafiq ketika dihubungi Sinar Harian mengakui beliau hadir ke Johor Bahru bersama keluarganya selepas mendapat jemputan dari Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu.

[AdSense-B]

Menurutnya, pertemuan selama hampir sejam itu di sebuah hotel banyak berkisar kepada karier masa depannya termasuk perancangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mahu menggunakan lebih banyak pemain muda dalam skuad utama negara selepas ini.

“Saya hadir ke sini selepas menerima jemputan daripada TMJ dan pertemuan itu lebih kepada santai di mana baginda sendiri menjelaskan visi dan misinya tentang JDT dan Malaysia untuk tempoh akan datang.

syafiq ahmad kedah

Bagaimanapun tumpuan saya bersama Kedah masih lagi tidak terganggu kerana masih ada lagi misi penting separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Felda United pada Sabtu ini yang perlu diselesaikan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: PAFA Harap PBNJ Sedia Kuota 200 Tiket Untuk Penyokong Perak

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: