Syafiq Vs Tampines

Syafiq Dan Nazmi Kembali Sertai Kem Kebangsaan

Dua pemain Johor Darul Ta’zim kembali menyertai kem latihan hari ini (Sabtu) untuk memperkuatkan skuad kebangsaan untuk kelayakan Piala Asia menentang Lubnan di Beirut Selasa ini.

Penyerang Syafiq Ahmad dan pemain tengah Nazmi Faiz Mansor dipanggil semula jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe, yang sebelum ini berada dalam kelompok 14 pemain JDT yang dilepaskannya.

Seramai 23 pemain akan ke Beirut selepas pertahanan Rawilson Batuil terpaksa pulang ke Sabah atas urusan keluarga.

“Saya fikir kedua-dua pemain berhak mendapat peluang untuk membuktikan kemampuan mereka kerana hanya beraksi selama beberapa minit ketika menentang Mongolia,” kata Cheng Hoe, yang bersiap sedia meninggalkan hotel mereka di Subang.

Piala Malaysia 2017 Terengganu 0 JDT 0 nazmi

“Mereka masih muda dan banyak yang boleh disumbangkan mereka kepada pasukan.”

Keputusan seri 2-2 dengan Mongolia dalam aksi persahabatan Khamis lalu, mencetus kritikan hebat di media sosial, sekali gus menyebabkan penyingkiran pemain JDT.

Cheng Hoe menurunkan sembilan pemain JDT dalam kesebelasan utama, dengan Nazmi dan Syafiq turun sebagai pemain gantian.

Malaysia sudah pun tersingkir daripada aksi kelayakan dan bermain dalam perlawanan terakhir menentang pendahulu Kumpulan B Lubnan, untuk kekal di tangga tercorot.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: TMJ Dilantik Pengerusi MFL


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *