Syameer

Syameer Kutty Dan Dominic Tan Dihantar Ke Kelab Vilaverdensen Dari Portugal

Pihak pengurusan JDT melalui laman fanpage rasmi mereka telah mengumumkan bahawa Syameer Kutty dan Dominic Tan akan dihantar ke kelab Portugal iaitu Vilaverdensen. Mereka akan bertolak ke Portugal pada hari esok dan akan berada disana selama setahun. Syameer merupakan pemain yang baru dibeli oleh JDT musim ini.

Vilaverdensen FC merupakan kelab yang berpengkalan di Vila Verde didalam wilayah Braga dan ditubuhkan pada tahun 1953. Pengurusi kelab adalah Isidro Fernandes dan ketua jurulatih adalah António Barbosa. Kapasiti stadium adalah 5000 orang. Kelab ini sekarang beraksi dalam divisyen keempat liga Portugal.

Syamer Kutty Abba

Kami mengharapkan agar mereka dapat mengunakan peluang ini sebaik mungkin untuk menimba ilmu dan pengalaman dan kemudiannya menyumbang semula kepada kelab JDT dan juga negara. Selamat berjuang!!

Baca juga: JDT Terima Pengiktirafan MBOR

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: