Kerjasama Dengan Kelab Portugal

Syamer Kutty Akan Dihantar Bermain Bersama Kelab Portugal

“Muhammad Syamer Kutty merupakan salah seorang pemain yang akan dipinjamkan untuk menimba pengalaman di kelab tersebut” kenyataan terbaru dari laman fanpage Johor Southern Tiger.

Dalam kenyataan yang dalam, JST menyatakan akan ada satu kerjasama antara JDT dan kelab bolasepak di Portugal dan salah satu syarat yang telah dipersetujui ialah JDT dapat menghantar tiga pemain setiap tahun ke sana untuk bermain bersama kelab tersebut sebagai pemain pinjaman.

[AdSense-B]

Syamer Kutty adalah salah seorang pemain yang mungkin dihantar ke Portugal mengikut kerjasama ini. Selainnya, Dominic Tan dan juga Hasbullah Abu Bakar berkemungkinan akan di hantar ke sana. Nama kelab tersebut akan didedahkan sebaik sahaja kedua-dua pihak pengurusan menandatangani kontrak secara rasmi.

Kami menyambut baik langkah proaktif ini yang dapat memberi pendedahan kepada pemain muda JDT untuk menimba ilmu sebanyak mungkin beraksi dikelab di luar negara. Ilmu dan pengalaman yang diperolehi diharap dapat digunakan untuk membantu JDT dan juga Malaysia pada masa hadapan.

[AdSense-B]

Selamat maju jaya kepada kedua-dua kelab dan juga pemain muda yang akan dihantar ke Portugal. Tahniah dan selamat berjuang.

Baca juga: Piala AFC 2018: Persija Jakarta Harap JDT Ke Peringkat Kumpulan Piala ACL 2018

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: