3

Selain Makan Dengan Sudu Plastik, Ini Syarat Kalau Nak Madu Betul-Betul Berkesan

Rasanya, fenomena mengamalkan pemakanan madu semakin menjadi-jadi dalam kalangan orang kita. Lebih-lebih lagi sejak ramai yang menyedari kebaikan memakan sekali sarang lebah kerana manfaatnya lebih banyak sekaligus mendapat nikmat yang tidak terhingga saat mengunyah sepah madu itu sendiri.

Untuk tujuan perubatan, ramai jelas tentang manfaatnya untuk memulih (sebagai penawar) serta mencantikkan fizikal luar dan dalaman manusia. Namun sayangnya… ramai tidak mendapat kesan optimum kerana tersalah cara menyimpan madu.

kami kongsikan beberapa tip bagaimana cara terbaik untuk menyimpan serta mengekalkan kualiti makanan sunnah ini.

#1 ‘Haram’ Simpan Dalam Peti Ais!

Ramai orang kita menyimpan madu di dalam peti ais kerana takut dihurung semut, walhal, tahukah kamu suhu terbaik untuk mengekalkan kesegaran rasa dan kualiti vitamin dalam madu adalah dengan menyimpannya pada suhu 50ºF – 70°F?

Oleh itu, simpan sahaja pada suhu bilik di ruangan yang tidak terkena cahaya matahari mahupun suhu hangat seperti berhampiran oven dan ketuhar gelombang mikro (microwave).

#2 Elak Makan Dengan Sudu Besi

Perasan tak orang barat sejak berkurun lamanya menggunakan kayu untuk menyira madu ke atas hidangan merekaYup, ini kerana keaslian madu akan hilang andai ianya terkena material seperti besi. Untuk itu, kalau mahu madu berkesan sebagai penawar untuk penyakit kamu, sila amalkannya dengan sudu plastik, sudu kaca (seramik) atau sudu kayu.

#3 Pastikan Bekas Kedap Udara

Perasan tak kenapa botol madu yang dijual orang asli biasanya jenis kedap udara? Ini kerana syarat untuk memelihara kebaikan dan kualiti madu adalah memastikan supaya ia terhalang daripada kemasukan air dan anasir luar. Air secara tidak langsung akan membuatkan madu cepat rosak. Elak madu terkena air okay?

#4 Biarkan Dalam Bekas Aslinya…

Kalau boleh, jangan alih madu yang kamu beli itu daripada bekas aslinya. Misal kata kalau bekas aslinya retak, bocor atau pecah, boleh alihkannya ke dalam balang atau botol yang berasaskan kaca mahupun plastik sahaja. Pastikan penutupnya kedap udara!


#5 Hitam Bukan Bermaksud Madu Dah “Basi”

Jangan dibuang apabila madu berubah warna -semakin kehitaman. Ini kerana, madu sebenarnya tidak mempunyai tarikh luput. Selagi ia disimpan baik dalam bekas kedap udara dan terhindar dari kemasukan air atau suhu panas, ia mampu bertahan lebih berabad dan berkurun lamanya!

Tetapi menurut kajian sains, madu hanya akan mengekalkan kualitinya sehingga 2 tahun. Lebih daripada dua tahun, kualiti dan elemen perubatan yang terkandung di dalamnya sudah tidak mampu memberi kesan terbaik buat pengguna. Kalau untuk makan saja-saja tu bolehlah…

TRIK KENAL MADU ASLI

Tuangkan satu sudu madu dalam mangkuk atau di atas pinggan rata. Kemudian tuangkan sedikit air lalu goncang bekas tersebut sehingga madu bercampur dengan air. (JANGAN KACAU DENGAN JARI ATAU SUDU). Kamu akan lihat hasilnya apabila timbul corak seperti sarang lebah pada madu yang telah bercampur air… Nah, itu tandanya ia adalah madu asli.

Tonton Tutorial Mengesan Madu Asli Atau Tiruan

Sekarang dah jelas, lepas ni jangan tertipu beli madu palsu okay?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *