Morning Back Pain 1

Tabiat Tidak Sedar Ni Buat Anda Lagi Kerap Sakit Belakang

Sakit belakang kini menyerang tidak kira peringkat umur, ini semua gara-gara faktor perubahan gaya hidup yang lebih santai. Anda kena ingat, tulang belakang menyimpan pelbagai saraf penting dan menyokong 33 tulang vertebrae iaitu dari lima bahagian leher, dada, pinggang, punggung dan ekor.

Sebab itu pentingnya dalam menjaga postur dan pergerakan badan kerana itu semua boleh mempengaruhi kesihatan tulang belakang. Walaupun sakitnya tampak biasa dan sekejap, namun percayalah ia boleh menjadi lebih serius. Jika ada diantara anda yang mengalami rasa sakit kadang-kadang, masa inilah untuk anda mengubah cara posisi duduk dan pergerakan seharian.

Kami jelaskan 3 rutin yang biasa boleh menjejaskan kesihatan tulang belakang.

#1 Duduk terlalu lama

Mereka yang menghabiskan masa bekerja di pejabat terutamanya akan menghadapi masalah ini. Duduk boleh memberi tekanan pada ‘disc’ atau piring tulang belakang. Bukan itu sahaja, jika duduk terlalu dengan postur yang salah boleh melumpuhkan tulang belakang dengan cepat. Jika inginkan tulang belakang sihat, ubahlah posisi duduk dan rajinkan mengambil masa untuk berdiri atau berjalan sebentar setelah duduk lama.

#2 Tilam tidak bagus

Kita menghabiskan masa yang lama ketika tidur. Tilam yang tidak menyokong bukan sahaja menjejaskan kualiti tidur malah memberi kesan pada tulang belakang. Pilihlah tilam yang menampung badan anda secara natural dan tidak terlalu keras. Tilam yang baik turut memperbaiki peredaran darah, melegakan otot dan pernafasan yang teratur.

#3 Tidak banyak bergerak

Pergerakan seperti berjalan kaki atau berlari sebenarnya boleh mengurangkan rasa sakit belakang. Anda tidak perlu melakukan senaman secara ekstrem, cukuplah dengan mengambil masa 20 minit hingga 30 minit meluangkan masa untuk berjalan atau bersenam. Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.

Tulang belakang juga seperti organ terpenting yang lain-lain. Ia membawa banyak perkara berkaitan kesihatan tubuh badan secara luaran dan dalaman. Kadangkala kerana kesilapan kita sendiri maka terjadi kerosakan atau kecederaan di tulang belakang, yang mengakibatkan pelbagai masalah yang terpaksa ditanggung.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: