JDT Layak Ke Piala AFC 2018

Tahniah!! JDT Sudah Layak Ke Piala AFC 2018

Berakhirnya perlawanan ke-18 Liga Super 2017 malam tadi, memberikan tambahan 3 mata lagi buat JDT untuk mengumpul mata keseluruhan sebanyak 45 mata. Dua lagi pencabar iaitu Kedah dan Pahang masing-masing mengumpul 34 dan 30 mata.

Dengan baki 4 perlawanan, Pahang sudah terkeluar dari saingan merebut kejuaraan Liga Super 2017. Mata maksima yang dapat dikumpul oleh Pahang adalah 42 mata, tidak mampu memintas JDT walaupun JDT tewas semua baki perlawanan. Kedudukan tertinggi yang dapat dicapai adalah di tempat kedua liga.

[AdSense-B]

Dengan ketiadaan Pahang, JDT hanya bersaing dengan Kedah untuk merebut tempat pertama Liga. Dengan ini dua kemungkinan yang boleh berlaku kepada JDT. Kemungkinan pertama, JDT kalah semua perlawanan dan Kedah menang semua perlawanan membuatkan Kedah juara dan JDT di tempat kedua.

Disebabkan Kedah sudah layak ke Piala AFC 2018 atas tiket juara Piala FA, maka tempat kedua Liga Super akan layak ke Piala AFC 2018. Jadinya, pada ketika ini JDT sudah pun layak kerana JDT hanya boleh berada di kedudukan pertama atau kedua Liga Super dan Pahang tidak mungkin juara liga.

[AdSense-B]

Kemungkinan kedua, JDT perolehi 3 mata lagi dan menjadi juara Liga Super 2017. Sebagai juara JDT akan terus layak ke Piala AFC 2018 dan juga pusingan kelayakkan Piala ACL 2018.

Berdasarkan kedua-dua kemungkinan diatas, JDT sudah sah layak ke Piala AFC 2018. Tahniah kami ucapkan kepada pemain dan juga pihak pengurusan JDT. Untuk rekod ini adalah penyertaan keempat berturut-turut JDT dalam saingan Piala AFC. Semoga maju jaya JDT.

Baca Juga: VIDEO RANGKUMAN: Liga Super 2017, Johor DT 2 Perak 1

 

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: