Tan Cheng Hoe

Tan Cheng Hoe Pertimbang Khidmat Natxo Insa Dan Corbin Ong

Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe tetap akan memberi kepercayaan kepada pemain tempatan berkualiti walaupun buat julung kalinya pemain-pemain berdarah campuran mampu membentuk sebuah pasukan untuk mewakili negara.

Dengan 14 pemain naturalisasi sedia untuk dipanggil, Cheng Hoe tidak akan mengetepikan pemain kelahiran Malaysia menjelang pertemuan dengan Mongolia dan Lubnan bulan depan.

Daripada 14 pemain berdarah campuran yang diberikan kerakyatan Malaysia, hanya Matthew Davies, Brendan Gan, Khair Jones, Kiko Insa dan Darren Lok pernah menyarung jersi kebangsaan Harimau Malaya.

Tetapi menurut Cheng Hoe, ia sesuatu yang tidak realistik untuk memanggil kesemua 14 pemain itu ketika ramai pemain tempatan mempunyai tahap keupayaan yang sama.

“Ia satu idea yang baik untuk membawa masuk pemain naturalisasi ke dalam pasukan tetapi jika pemain tempatan sama bagus, saya tidak boleh mengetepikan mereka. Penyelesaian terbaik ialah skuad campuran pemain tempatan dan naturalisasi,” kata penolong jurulatih yang dilantik mengisi kerusi panas itu pada Disember selepas Nelo Vingada meletak jawatan.

natxo vs pknp fc

Cheng Hoe sedang mempertimbangkan untuk memanggil gandingan Johor Darul Ta’zim (JDT) Natxo Insa dan bek kiri, La’Vere Corbin-Ong, untuk perlawanan persahabatan menentang Mongolia pada 22 Mac dan aksi kelayakan Piala Asia di Lubnan lima hari kemudian.

Namun Cheng Hoe berkata pemilihan sebenar bergantung kepada aksi pemain ketika mewakili kelab masing-masing.

“Masih ada beberapa minggu sebelum panggilan pertama dan pemain-pemain yang mempamerkan prestasi terbaik dalam liga akan diberi keutamaan untuk mewakili negara,” kata Cheng Hoe yang juga berminat memanggil pemain muda dari skuad Kejuaraan AFC bawah 23 di China bulan lalu.

“Pemain naturalisasi mungkin tidak mempunyai banyak pengalaman di peringkat antarabangsa tetapi mereka mempunyai pengalaman berharga beraksi di Eropah dan negara asal mereka. Ia akan memberi kelebihan buat kita jika mereka dipanggil.”

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Farizal Mahu Lupakan Sejarah Hitam


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: