Tanam Buluh

Tanam Buluh Atau Sawit? Lelaki Ini Kongsi Kenapa Buluh Ada Permintaan Tinggi Dari China

Minggu lalu viral kisah kelapa sawit dan buluh selepas dikatakan Menteri Industri Utama, Teresa Kok meminta agar kebun kelapa sawit digantikan dengan tanaman buluh.

Ramai memberikan pandangan seolah-olah mahu “menyalahkan”kenyataan Menteri terbabit sehinggakan hari ini Teresa Kok membuat satu sidang akhbar menjelaskan isu berkenaan. Menurutnya, penggantian tanaman itu adalah satu alternatif kerana harga minyak sawit Malaysia telah jatuh dengan agak teruk pada tahun lepas. Ini sekali gus menjejaskan pendapatan ramai pekebun kecil.

Masa yang sama, menurut Teresa Kok, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menasihati rakyat, malahan termasuklah kementeriannya agar tidak terlalu bergantung kepada satu-satu jenis tanaman. Perdana Menteri menegaskan adalah penting bagi negara kita untuk mengkaji penanaman jenis tanaman yang lain.

Buluh, nanas dan kelapa yang disebutkan semalam adalah sebagai cadangan alternatif kepada para pekebun kecil yang selama ini sangat bergantung hanya kepada tanaman kelapa sawit sebagai sumber pendapatan.

Tanaman sawit mengalami kejatuhan sejak dulu lagi kerana timbulnya boikot. Di sebalik isu sawit atau buluh ini, tulisan Khairil Hafidz Khairuddin di fbnya semalam ada sesuatu yang wajar diberi perhatian kerana tanaman buluh ini sebenarnya mempunyai potensi yang amat tinggi di masa depan.

Baca penulisannya dan kenapa ada sebab kenapa kita wajar membuat pilihan.

“…SAWIT ke BULUH?…”

Tahun lepas sewaktu mencari ladang sawit dengan keluasan lebih 20 k ekar (request dr public listed co), terima satu demand dari China pasal supply buluh. Buluh? Nak buat apa? Rakit ke? Lemang ke? Aku memang tak pernah tahu pasal buluh untuk industri. Lepas tu dibagi spec pula jenis tanah, suhu dan lain-lain untuk saiz keluasan 3000 ekar.

Gila ar! Banyaknya nak buat rakit! Itu apa yang aku fikirkan. Sekali baru aku dijelaskan. Nak buat Chopstick je. Baru aku tengok semula profile syarikat yang demand tu. One of the biggest chopstick manufacture in China.

Bukan takat chopstick, side business dia yang lain siap ada herb, alfalfa, dried aprikot etc. Aku pun mula fikir secara rasional dan cari tanah serta spec yang diminta. Yes! Jumpa total 4000 ekar lebih atas 2 penama di kawasan Kota Marudu (bantuan dari rakan yang bekerja di Pejabat Tanah).

Urusan pun bermula dan seperti mana situasi urus projek kelapa sawit, sama juga dengan buluh. Banyak sangat orang yang mengaku merekalah yang dilantik empunya tanah (hati² jika 1st time berurusan tanah di Sabah). But, as far concern. Tak pernah lagi aku kena tipu dari segi duit, cuma buang masa dan spend sikit untuk belanja air kopi mereka je. Memang ada!

Tapi hasil dari apa yang dibuat, aku di lorong temui ‘permata’ yang dicari. Dari mereka yang bergelar ‘broker kampung’ ni jugalah aku temui pemilik-pemilik tanah yang bersaiz besar di Sabah ni.

Aku melihat sendiri setiap geran tanah yang ada pada mereka. Mungkin rezeki aku pada waktu itu sebab aku represent public listed co (one of biggest palm oil player in Malaysia). Kalau aku bagi tau stock number, sah-sah korang boleh detect company tu.

Aku jumpa owner yang ada tanah sawit dari 1000 ekar hingga 60,000 ekar keluasan tanahnya, juga ada tanah balak FMU 650k ekar. Wow! hebat giler orang Sabah?

Fyi, aku paling tak suka bab property dalam catatan pelaburan. But, tahun lepas, itulah hasil yang diperolehi, kaki melangkah masuk ke bidang yang tak suka (sebab banyak dokumen)?

Dalam banyak² list tanah yang ada. Yang aku paling suka adalah tanah berkeluasan 313 ekar untuk ternakan di Beaufort (siap ada kandang kambing, kerbau, rusa serta beberapa buah kolam ikan). Motif nak jual, sebab owner ni terlalu banyak tanah. FMU di atas pun tanah dia. Tak masuk property panas dia sekitar KK Harbour dan Sepanggar.

Dan tanah² kat tempat tinggi di Kundasang, Kokol, Lawa Mandau serta sekitar mmg banyak. Ramai nak jual dan ramai juga yang nak beli…nak urus segala pertukaran status dan dokumen pun…bulih bah

Pasal buluh tadi, abaikan sahaja bicara orang politik, jika kau mulakan tanam buluh sekarang, 2 tahun lagi dah boleh dapat hasil dan hasil dan hasil.

Aku izinkan korang share post ni pada kawan² yang nak cari hot property for industry mahupun tourism spot especially area Sabah… berhenti membawang, grab peluang?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: