Teerasil Dangda

Teerasil Dangda Masih Boleh Diturunkan Menentang JDT Walaupun Dipinjamkan Ke Sanfrecce Hiroshima

Muangthong United dijadualkan akan menerima kunjungan dari Johor DT pada pusingan kedua kelayakan Piala ACL 2018 pada 23 Januari dan pemenang perlawanan ini akan menentang pasukan dari Jepun dalam penentuan kelayakan terakhir. Pasukan yang menang akan berjaya ke peringkat kumpulan.

Walaupun pinjamannya ke Sanfrecce Hiroshima tetap akan berlaku, Teerasil Dangda masih boleh bermain untuk Muangthong United dalam perlawanan penting itu menentang JDT.

Liga Jepun tidak akan bermula sehingga penghujung bulan Februari, sementara Sanfrecce Hiroshima pula tidak terlibat dalam sebarang kejohanan anjuran AFC pada musim 2018. Ini bermakna impian Teerasil untuk beraksi dalam Piala ACL dengan membantu kelab asalnya.

muangthong vs jdt 2016

Untuk rekod, JDT pernah menentang Muangthong United pada peringkat yang sama pada tahun 2016. Namun, JDT tewas melalui sepakan penalti apabila tiga sepakan pertama dari Pereyra Díaz, Marcos António dan Hariss Harun. Pemain ini juga baru kembali ke pasukan JDT.

Saksikan rangkuman perlawanan Muangthong United vs JDT pada tahun 2016

Baca juga: Senarai Pasukan Dari Zon Asia Timur Yang Mempunyai Lesen AFC Bagi Musim 2018


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: