Jurulatih Irfan Bakti

Terengganu Akan Lebih Kuat Musim Depan Dalam Misi Untuk Mengakhiri Dominasi JDT – Irfan Bakti

 

Walaupun Terengganu sedang mengharapkan sedikit tuah untuk perlawanan terakhir Liga Perdana pada hari Jumaat ini, jurulatih Irfan Bakti sudah mengalihkan fikirannya pada saingan musim hadapan.

Setelah berjaya kembali ke Liga Super selepas hanya setahun diturunkan ke Liga Perdana, Irfan mahu pasukannya mampu mencabar juara empat kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perebutan tempat teratas liga.

Beliau menyifatkan dominasi yang dinikmati oleh JDT sebagai “tidak masuk akal” dan berjanji bahawa Terengganu akan menjadi lebih kuat musim hadapan kerana mereka sudah mula menambah pemain-pemain berkualiti ke pasukan mereka.

“Bagi saya, musim ini adalah sukar dan untuk tahun hadapan kita perlu membuat persiapan dengan lebih baik,” kata Irfan semalam menjelang perlawanan menentang PKNP FC di Ipoh.

piala malaysia 2017 jdt vs terengganu junior

“Kami perlu meningkatkan tahap dari segi kualiti untuk dapat bersaing dengan pasukan di Liga Super. Bagi JDT untuk memenangi gelaran liga empat tahun berturut-turut adalah tidak masuk akal.

“Tidak tepat untuk mempunyai pasukan yang sama memenangi liga, anda tidak melihat yang berlaku dengan Real Madrid atau Manchester United.”

Irfan berkata dia sudah membuat keputusan mengenai pemain yang mahu diperolehi untuk musim depan tetapi hanya akan membuat pengumuman selepas perlawanan akhir musim ini.

Sumber: NST

Baca juga: Izham Tarmizi Sedia Jadi Benteng Terakhir JDT


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: