Alistair & Lucho

Terima Kasih Alistair Edward, Selamat Bertugas Luciano

Penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) dikejutkan dengan berita kontrak Alistair Edward sebagai “Pengarah Sukan” pasukan  JDT telah tamat melalui laman ‘facebook’ “Johor Southern Tigers” malam tadi. Menurut laman ‘facebook’ tersebut tempat Alistair akan digantikan oleh bekas pemain JDT, Luciano Figueroa.

Alistair Edward 4

Mendengar berita ini, penulis ingin membawa pembaca mendalami jasa-jasa Alistair di bumi Johor

Alistair Edward Lagenda Johor

Karier Alistair Edward bermula di negeri Johor sebagai pemain pada tahun 1991. Gandingan beliau bersama Abbas Saad menjadikan beliau sebagai watak utama dalam memberikan kejayaan manis buat pasukan Johor yang membawa kejuaraan berganda Piala Malaysia Juara Liga pada tahun tersebut. Kejayaan tersebut menjadikan nama beliau sentiasa dingati dikalangan peminat bola sepak negeri Johor.

Alistair Edward 2

Alistair berkelana di bumi Johor selama dua musim sebelum berhijrah ke Singapura dan kemudiannya meneruskan karier sebagai pemain di Singapura, England, Australia dan tempat lain di Malaysia sebelum meneruskan kerjaya sebagai jurulatih di tanah air beliau.

[AdSense-B]

Pengarah Sukan JDT

Selepas TMJ mengambil alih pasukan Johor Darul Ta’zim, baginda mewujudkan jawatan “Pangarah Sukan” tersebut bagi membantu baginda dalam pengurusan kelab. Segala ‘blueprint’ yang baginda sediakan perlu di uruskan seseorang bagi melancarkan perjalanan kelab.

Bagi tujuan tersebut, TMJ telah melamar Alistair untuk menjadi ‘orang kuat’ baginda dalam menguruskan hal ehwal berkaitan kelab JDT. Baginda yang telah mengikuti perjalan karier Alistair semenjak beliau di Australia, mula melamar Alistair ketika bertugas sebagai ‘Pengarah Teknikal’ pasukan “Real Mulia” yang bermain di Liga FAM pada tahun 2015.

Alistair tidak teragak-agak untuk menerima lamaran TMJ tersebut dan disahkan jawatan sebagai ‘Pengarah Sukan’ JDT pada tahun 2015.

Alistair Edward 1

Tugas dan Sumbangan Alistair Sebagai Pengarah Sukan

Di antara tugas utama Alistair Edward sebagai “Pengarah Sukan’ adalah menentukan keseluruhan gaya dan falsafah bolasepak di semua peringkat kelab. Beliau bertanggungjawab penuh untuk memastikan setiap pemain yang berada dalam pasukan JDT berpaksi pada falsafah tersebut yang menjurus kepada cara JDT melihat permainan,

Alistair Edward 3

Selain daripada itu, beliau juga terlibat menguruskan urusan jual beli pemain dan membantu ketua jurulatih JDT dan JDT II yang bermain di Liga Super dan Liga Perdana di samping menguruskan pembangunan pasukan terutamanya dalam hal ehwal Akademi JDT.

[AdSense-B]

Luciano Figueroa Sebagai Pengganti

Seperti yang diumumkan “Johor Southern Tigers”, jawatan ‘Pengarah Sukan’ akan diambil alih Luciano Figueroa bagi menggantikan Alistair Edwars yang telah tamat kontrak. Luciano Figueroa yang menamatkan karier beliau sebagai pemain di JDT pada tahun 2015 dilihat menjadi pilihan terbaik untuk jawatan tersebut. Perlantikan ini dibuat kerana Luciano dilihat lebih sesuai dengan agenda-agenda baru JDT.

Luciano Figueroa 1

Luciano juga telah diiktiraf sebagai lagenda oleh penyokong JDT selepas dua musim cemerlang membantu JDT menjuarai Liga Super (2014, 2015) dan Piala AFC (2015). Sepanjang dua musim bersama JDT beliau telah menjaringkan 42 gol dalam semua kejohanan.

[AdSense-B]

Kesimpulan

Buat Alistair Edward, kami mengucapkan selamat maju jaya buat beliau. Semoga beliau terus sukses dalam apa jua yang bakal beliau lakukan. Terima kasih diatas segala sumbangan anda terhadap pasukan JDT sebagi Pengarah Pasukan. Terima kasih juga kerana pernah memberi kenangan manis dengan membawa Piala Malaysia ke bumi Johor pada 1991.

Tanda tanya kehadiran Luciano yang menyertai pasukan JDT di pertengahan musim ini terjawab sudah selepas dilantik menggantikan Alistair. Semoga Luciano dapat memberikan komitmen terbaik dan lembih sumbangan dalam usaha memartabatkan pasukan JDT.

Baca juga: Perlawanan Menentang Selangor Hanya Untuk Menjadi Juara Kumpulan, Bukan Misi Balas Dendam

 

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: