Juan Martin Lucero Bersama Club Barunya Xolos De Tijuana

Terima kasih Juan Martin Lucero, El Gato JDT

Pada 31/12/2016 yang lepas, coach Mario Gomez mengesahkan pihak JDT ada menerima tawaran sebanyak RM11.5 juta untuk Juan Martin Lucero. Tawaran ini tidak mampu ditolak oleh JDT dan coach mewakili pihak pengurusan mengucapkan terima kasih atas jasanya walaupun hanya semusim bersama JDT.

Pembelian Juan Martin Lucero

selamat datang juan martin lucero ke jdt

JDT membeli Lucero setelah coach Gomez tidak berpuas hati dengan Paulo Rangel setelah beberapa siri persahabatan. Kehadiran Lucero mengisi slot pemain import ke-4 untuk JDT. Lucero sampai ke bumi Johor hanya beberapa hari sebelum perlawanan Liga Super bermula.

Lucero dikenali dengan nama panggilan El Gato yang bermaksud kucing disebabkan ketangkasannya ketika berada dalam kotak penalti lawan. Lucero bermula tanpa bermain perlawanan persahabatan dan hanya berlatih beberapa hari dengan rakan sepasukan yang baru.

Perlawanan pertama dan reaksi penyokong JDT

Penampilan pertama Lucero bersama JDT adalah ketika perlawanan pertama Liga Super 2016 dan merangkap merebut Piala Sumbangsih 2016. Perlawanan ini menemukan JDT dan Selangor di stadium Larkin dan Lucero hanya bermain sehingga minit ke-80.

Penyokong JDT kebanyakannya tidak berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukan olehnya. Kawalan bola yang lemah, gagal mengelecek lawan dan percubaan yang banyak tersasar antara yang menjadi penyebabnya. Bagi pihak kami, Lucero masih dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan liga kita.

Tiga perlawanan tanpa gol membuatkan penyokong semakin tidak yakin dengan Lucero. Pemain import yang dibawa masuk untuk mengantikan Luciano Figueroa dilihat tidak berupaya untuk mengatasinya. Tetapi Lucero bangkit untuk membuktikan kemampuannya sehingga menjadi kesayangan penyokong.

juan martin lucero rekod tanpa kalah jdt

Statistik dan anugerah 2016

Juan Martin Lucero menjaringkan gol pertama dan kedua ketika menentang Ayeyawady United dalam Piala AFC yang merupakan perlawanan ke-4 bersama JDT. Selepas itu, Lucero terus cemerlang merobek gawang lawan dan memberi sumbangan kepada rakan sepasukan.

Secara keseluruhan, Lucero telah menjaringkan 27 gol dalam 37 kali penampilan dan bermain selama 2900 minit. Lucero juga menjadi penjaring gol ke-100 untuk JDT bagi musim 2016.

gol dan statistik juan martin lucero jdt 2016

Lucero menjadi calon untuk Pemain terbaik bulanan untuk bulan April dan September dan dia menjadi pemain terbaik Liga Super untuk bulan April. Sepanjang semusim bersama JDT, dia berjaya membantu JDT merangkul tiga piala iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Liga Super. Tanpa kehadiran Lucero dan Diaz, JDT terkandas di peringkat separuh akhir Piala AFC.

Pemain JDT, Juan Martin Lucero bersama anugerah pemain terbaik bulanan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM)

JOHOR BAHRU 23 MAY 2016. Pemain JDT, Juan Martin Lucero bersama anugerah pemain terbaik bulanan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) di Pusat Latihan Pasukan JDT, Padang Seri Gelam. NSTP/HAIRUL ANUAR ABD RAHIM

Semoga berjaya di kelab baru

Dari gambar yang kami terima, memang sah Juan Martin Lucero akan berpindah ke kelab Mexico iaitu Xolos de Tijuana yang sekarang sedang mendahului liga di Mexico. Kami juga bangga, JDT mampu memperolehi keuntungan hasil dari perpindahan Lucero. Tiada yang lebih besar dari kelab.

Akhir kata, kami mengucapkan selamat maju jaya. Terima kasih diatas penat lelah dan kenangan indah yang diberikan bersama JDT. Seperti TMJ, kami juga sangat mengalukan kepulangan anda di bumi Johor. Muncho gracias Juan Martin Lucero. Saksikan kesemua jaringan Lucero dibawah ini.

Adakah berbaloi JDT menjual Lucero berdasarkan statistiknya yang cemerlang?

Baca juga: Jadual lengkap JDT musim 2017


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: