MA Ranking Julai 2017

TERKINI: MA Ranking Kemaskini Julai 2017, Malaysia Masih Kedudukan Ke-6 Zon Asia Timur

AFC baru sahaja mengemaskini MA ranking untuk bulan Julai 2017. Hanya satu perlawanan yang termasuk untuk pengiraan bulan ini iaitu perlawanan Malaysia menentang Lubnan. Namun, tiada mata yang dapat diperolehi selepas Malaysia tewas dalam perlawanan tersebut.

Bagi kemaskini Julai 2017, Malaysia masih berkedudukan ke-6 Zon Asia Timur namun perbezaan mata antara negara ditempat ke-7 iaitu Hong Kong semakin mengecil. Perbezaan untuk bulan ini adalah sebanyak 0.606 mata. Untuk bulan Jun yang lepas, perbezaan mata ini adalah sebanyak 1.049 mata.

[AdSense-B]

Untuk perlawanan seterusnya, Malaysia perlu mengumpul mata untuk terus mengekalkan kedudukan no 6 ini. Perlawanan yang penting adalah dengan menentang Hong Kong. Berikut adalah MA ranking untuk kemaskini Julai bagi Zon Asia Timur sahaja.

MA ranking terkini 100717

[AdSense-B]

Baca juga: Selamat Maju Jaya Brian Ferreira, Hanya 198 Hari Bersama JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: