Otak

Selalu Tertidur Dengan Handphone Di Kepala? Awas,Lihat Kesan Ini Kepada Otak Anda

Satu kajian telah membuktikan bahawa telefon bimbit boleh membakar otak dan menjejaskan fungsinya.  Ia juga menunjukkan tahap pendedahan kepada telefon bimbit yang diletakkan dekat dengan kepala atau bahagian badan lain adalah lebih besar berbanding pendedahan pada bahagian badan lain.

Penggunaan peranti ini dengan kerap meningkatkan risiko tumor otak hampir lebih dua kali ganda.  Kanak-kanak adalah salah seorang yang mudah mengalami pendedahan kadar radiasi tinggi kerana mempunyai tengkorak nipis serta saiz otak yang lebih kecil.

Berdasarkan penulisan daripada portal Healthy Children juga ada menekankan bahaya peranti ini terhadap kanak-kanak dalam jangka masa panjang dan mencadangkan ibu bapa agar mengehadkan penggunaan telefon bimbit atau sebarang peranti yang mampu memancarkan radiasi daripada medan elektromagnetik (EMF).

Meletakkan peranti anda berdekatan dengan kepala anak-anak kecil berupaya menjejaskan sel otak mereka dan mengundang penyakit lain yang tidak diingini.  Justeru itu, ibu bapa diminta untuk lebih prihatin dan mengambil input yang dikongsikan oleh Ayn Shariff sebagai salah satu langkah berjaga-jaga sebelum ia boleh menjejaskan sel-sel otak yang sedang berkembang.

Perkara ni kadang-kadang terjadi pada saya dan anak-anak. Sambil-sambil tidurkan/susukan anak, sambil tu reply pm customer, kadang tu sampai tertidur. Sedar-sedar fon dok dekat dengan kepala anak. Allah, time tu terkilan sangat. Terkilan sebab teringat betapa tak bagus nya bila smartfon ni terletak berdekatan dgn kepala anak. Tahu tak, kenapa tak eloknya smartfon ni kat bahagian kepala?

Radiasi dari signal smartfon ni sangat bahaya tau, lebih-lebih lagi pada anak-anak kecil sebab ia boleh menjejaskan sel-sel otak yang sedang berkembang (bayi 6 bulan ke bawah)

Antara risiko lain:

  • kanser
  • tumor otak
  • parkinson
  • alzheimer
  • sakit kepala/ migrain
  • sakit mata/ rabun

Risiko-risiko ni bukan terdedah kepada anak-anak sahaja, tapi juga orang dewasa. Jadi, sebelum masuk tidur, pastikan:

  1. Selesaikan segala urusan berkaitan fon
  2. Matikan wifi atau data
  3. Letak telefon jauh daripada tempat tidur

Berdasarkan penulisan daripada portal Healthy Children juga ada menekankan bahaya

Petua keselamatan telefon bimbit untuk keluarga:

  • Gunakan mesej teks apabila mungkin, dan gunakan telefon bimbit dalam mod pembesar suara atau dengan menggunakan alat tangan bebas tangan.
  • Apabila bercakap di telefon bimbit, cuba memegangnya satu inci atau lebih jauh dari kepala anda.
  • Buat hanya panggilan pendek atau penting pada telefon bimbit.
  • Elakkan membawa telefon anda ke badan seperti dalam saku, kaus kaki, atau bra. Pengeluar telefon bimbit tidak dapat menjamin bahawa jumlah radiasi yang anda menyerap akan berada pada tahap yang selamat.
  • Jangan bercakap di telefon atau teks semasa memandu. Ini meningkatkan risiko kemalangan kereta.
  • Berhati-hati apabila menggunakan telefon atau menghantar mesej semasa berjalan atau melakukan aktiviti lain. “Kecederaan berjalan” juga semakin meningkat.
  • Jika anda merancang menonton filem pada peranti anda, muat turun terlebih dahulu, kemudian beralih ke mod pesawat semasa anda menonton untuk mengelakkan pendedahan radiasi yang tidak perlu.
  • Perhatikan kekuatan isyarat anda (iaitu bilangan bar yang anda ada). Semakin lemah isyarat sel anda, semakin sukar telefon anda berfungsi dan semakin banyak radiasi yang dihasilkannya. Lebih baik menunggu sehingga anda mempunyai isyarat yang lebih kuat sebelum menggunakan peranti anda.
  • Elakkan membuat panggilan ke kereta, lif, kereta api, dan bas. Telefon bimbit berfungsi lebih keras untuk mendapatkan isyarat melalui logam, sehingga tahap kuasa meningkat.
    Ingatlah bahawa telefon bimbit bukanlah mainan atau item picisan.
Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: