Tmj Dedikasi

TMJ Dedikasikan Kejuaraan Piala Malaysia Kepada Bapa Bolasepak Johor

“Kesetiaan adalah apabila kita meneruskan legasi seseorang bukan hanya ketika mereka masih ada, tetapi juga meneruskan legasi itu ketika mereka sudah tiada lagi di dunia ini.”

Saya dedikasikan piala ini kepada arwah Dato Suleiman Mohd Noor yang baru meninggal dunia pada 7hb Ogos 2017 yang lalu, individu yang pernah membawa pasukan Johor memenangi Piala Malaysia 26 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1991.

[AdSense-B]

Semenjak saya mengambil alih era bola sepak Johor yang baru, saya telah berjanji kepada beliau yang saya akan mengembalikan semula kegemilangan bola sepak negeri Johor.

Walaupun Piala Malaysia bukanlah keutamaan kami, tetapi ia satu pencapaian dan saya ingin dedikasikan piala ini kepada beliau bagi mengenang jasanya selaku Bapa Bolasepak Johor.

[AdSense-B]

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong serta Keluarga JDT dan tahniah kepada para pemain, pegawai dan pengurusan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Sumber: Johor Southern Tigers

Baca juga: Kami Perlu Lagi Masa Fikir Liga Juara-Juara Asia

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: