Transformasi JDT Bermula Dengan Kekalahan

Transformasi JDT bermula dengan kekalahan

Musim 2013 merupakan tahun pertama transformasi JDT dibawah penjenamaan baru dan diuruskan oleh TMJ. Jika penyokong JDT masih ingat, hari ini merupakan perlawanan pertama Liga Super 2013 dan JDT tewas di tangan pahang dengan keputusan 3-2 di stadium Darul Makmur.

Kekalahan pertama pada pembukaan liga dan Transformasi JDT

Maka, dengan kekalahan ini, kita semua dibahan oleh penyokong lawan dan juga pihak akhbar. Anda boleh lihat sendiri dengan tajuk utama ruangan sukan seperti di atas. Memang sakit hati sungguh pada masa itu. JDT sudah mendahulu 0-2 ketika separuh masa pertama tetapi akhirnya kalah juga.

Transformasi JDT di bahan

Selepas kekalahan itu, JDT terus sentiasa positif dengan semua perlawanan yang diharungi dan diharapkan kejayaan dapat dihasilkan. Namun, tahun 2013 tahun tanpa piala untuk JDT dan tahun untuk dibahan oleh penyokong yang lain.

Aksi panas menentang Pahang

Selepas kekalahan ini, aksi menentang Pahang sentiasa dinantikan oleh kedua-dua penyokong. Suasana ketika perlawanan memang mengkagumkan. Pahang sentiasa di lihat sebagai penghalang untuk JDT. JDT terkandas di pusingan awal piala FA ditangan Pahang. JDT gagal menjulang Piala Malaysia pun di sebabkan Pahang.

[AdSense-B]

Perubahan yang berlaku ke atas Pahang pada musim 2016 menyebabkan pertembungan JDT dan Pahang menjadi dingin. Kehadiran penonton di stadium juga berkurangan terutama di stadium Darul Makmur. JDT berjaya menewaskan Pahang dalam Liga Super dengan bergaya.

Penyokong JDT yang bongkak

Transformasi JDT penyokong jdt yang bongkak

Kami memang akui, dengan pengambilalihan oleh TMJ, semakin ramai penyokong JDT yang baru muncul. Dengan pasukan bintang yang dibentuk, mereka menjadi riak dan bongkak terutamanya di media sosial. Sikap ini juga, membuatkan penyokong lain membenci JDT.

Kami juga tidak menyukai fanpage troll yang dibangunkan oleh penyokong JDT dan menunjukan kita juga tidak matang seperti penyokong yang lain. Untuk musim baru ini, kita hanya fokus untuk memberikan sokongan kepada pasukan JDT sahaja tidak kira waktu kalah atau menang.

[AdSense-B]

Pahit akan manis akhirnya

Tahun 2013 memang merupakan musim pembelajaran untuk JDT. Tanpa sebarang piala dengan skuad bintang menjadikan JDT sebagai bahan ejekan. Namun, usaha tranformasi JDT oleh TMJ yang dilakukan setiap musim dilihat berjaya menuaikan hasil lumayan.

Akhirnya, JDT berjaya memberikan kenangan manis kepada para penyokong sepanjang 4 tahun transformasi JDT dijalankan. Tahun ini akan menjadi musim yang mencabar untuk JDT. TMJ juga sudah menyatakan tiada target untuk musim ini. Cuma kami berharap, JDT boleh layak bermain di piala AFC 2018 lagi. Dengan ini, kebarangkalian untuk bermain di Piala ACL sangat tinggi.

Jom kongsikan pengalaman anda pada hari tersebut.

Baca juga: JDT bawa 25 pemain ke thailand

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: