Tugas JDT Belum Lagi Selesai – Kunanlan

Tugas JDT Belum Lagi Selesai – S. Kunanlan

 

Biarpun memiliki kelebihan gol di tempat lawan selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) seri 1-1 dengan Perak pada separuh akhir pertama di Stadium Perak, Ipoh, Ahad lalu, namun S Kunanlan menganggap aksi timbal balik Sabtu ini sebenarnya belum selesai.

Bek kanan JDT itu menyifatkan baki 90 minit di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, tetap sukar dan perlu memberi sepenuh komitmen untuk memastikan juara Liga Super empat musim berturut-turut itu mara ke final Piala Malaysia buat kali kedua.

[AdSense-B]

Malah katanya, keazaman membawa pasukan ke final amat menebal kerana ia juga pentas final pertama buat dirinya sejak menyertai JDT pada 2015.

“Ketika JDT ke final pada musim 2014, saya belum lagi menyertai pasukan. Kini, secara peribadi saya ingin membantu pasukan itu ke pentas final selepas menjulang kejuaraan Piala FA dan piala liga.

“Untuk aksi menentang Perak, saya anggap perlawanan itu bagaikan misi hidup dan mati. Walaupun kami ada kelebihan jaringan, tetapi kami tidak boleh terlalu selesa.

“Kami kena fokus lebih 100 peratus kerana perlawanan itu menjadi penentu ke pentas final. Barisan benteng pertahanan yang dibarisi pemain tempatan bersedia memberi persembahan terbaik dan kepercayaan diberikan oleh jurulatih (Ulisses Morais) amat kami hargai,” katanya.

[AdSense-B]

Kunanlan mengakui kesilapan yang berlaku di Ipoh selepas Perak menjaringkan gol cukup memeritkan, namun mereka harus bangkit memperbaiki kelemahan dan memastikan benteng lebih ampuh.

Katanya, barisan pemain skuad kendalian Mehmet Durakovic begitu rakus mengasak ke kubu JDT tetapi disiplin tinggi dan gerakan pantas menyekat gerakan lawan memberi kelebihan kepada mereka.

t-team vs jdt kunanlan

“Ia pengalaman berguna buat kami selepas aksi kurang menjadi pada Ahad lalu dan kami optimis apa yang terjadi pada aksi pertama tidak akan berulang lagi.

“Mungkin Perak akan bermula dengan corak serangan pantas pada perlawanan itu dan sudah tentu kami kena berjaga-jaga, bukan saja menyekat serangan lawan malah mengelak daripada melakukan kekasaran dalam kawasan 25 meter di luar kotak penalti,” kata Kunanlan.

[AdSense-B]

Sumber: Berita Harian

Baca juga: PAFA, PBNJ Mungkin Dihukum Kerana Kekecohan Penonton

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: