Adam Nor Azlin Malaysia

Tunggulah Sehingga Saya Umumkan Nanti – Adam Nor Azlin

Adam Nor Azlin ketika ditanya mengenai spekulasi penghijrahannya ke JDT mengambil sikap mengunci mulut.

“Buat masa ini saya tidak mahu komen apa-apa. Memang ramai yang bertanya saya mengenai hal ini, tunggulah saya akan umumkan nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

[AdSense-B]

Adam antara produk baru Selangor yang paling menonjol musim ini.

Bermula di posisi serangan, dia kemudian ditukarkan peranan sebagai pemain pertahanan oleh jurulatih P Maniam.

Selain menjadi pemain utama skuad B-23 kendalian Datuk Ong Kim Swee, dia turut mendapat kepercayaan jurulatih skuad kebangsaan, Nelo Vingada untuk mengemudi benteng pertahanan ketika menentang Korea Utara, Isnin lalu yang menyaksikan Malaysia kecundang 1-4.

[AdSense-B]

Selain Adam Nor Azlin, beberapa orang pemain skuad B-23 seperti Syafiq Ahmad (Kedah), Syamel Kutty Abba (Pulau Pinang), Adib Zainuddin (FELCRA FC) dan Nor Azam Azih (Pahang) turut dikaitkan dengan perpindahan ke JDT.

Sumber: Berita Harian

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: