Morais Kemenangan Yang Menarik

Ulisses Morais Si ‘Pencuri Hati’ JDT

Boleh dikatakan kesemua penyokong JDT terkesima apabila pihak pengurusan JDT mengumumkan Benjamin Mora sebagai pemangku ketua jurulatih JDT bagi menggantikan Mario Gomez. Walaupun jurulatih Mora sering mempamerkan taktikal yang ‘bosan’, namun boleh dikatakan Mora sudah mencapai ‘KPI’ yang diberikan.

Kemudian hadir seorang lelaki yang diumumkan sebagai jurulatih baru JDT dari Portugal. Lelaki ini pernah menjadi ketua jurulatih di kelab lama Nazmi Faiz, S.C. Beira Mar. Lelaki tersebut ialah Ulisses Morais.

MORAIS MEMULAKAN TUGAS

Jurulatih Morais memulakan tugas pada awal bulan ini dan membawa JDT mengharungi 9 perlawanan dalam dua pertandingan iaitu Liga Super dan juga Piala Malaysia. Morais hampir mencatatkan rekod hampir sempurna untuk bulan ini namun dia memberikan tumpuan yang lebih kepada Liga Super.

[AdSense-B]

Tugasan pertamanya adalah dengan menentang Pulau Pinang di Stadium Larkin. Dengan kehadiran dua pemain baru iaitu Ghaddar dan Natxo Insa memudahkan Morais mengatur strategi tak taktikal berkesan menentang Pulau Pinang. Pada yang sama juga, Morais kehilangan penjaga gol pertama JDT disebabkan pengantungan dari AFC.

Jika penyokong perasan, Morais akan tampil bersama dengan penterjemah semasa sidang media dan juga tembual sebelum dan selepas perlawanan. Morais sukar untuk bertutur dalam bahasa Inggeris namun boleh memahami pertuturan mengunakan bahasa tersebut.

Sesungguhnya, jurulatih Morais tidak membangga diri dan juga memperkecilkan kemampuan pihak lawan semasa temubual sebelum dan selepas perlawanan. Kata-kata yang dilontarkan bernas dan menunjukan ciri-ciri jurulatih yang matang. Cuma harapan kami Morais dapat bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lancar.

PELAN B MORAIS MENJADI PENYELAMAT

Setiap jurulatih mempunyai taktikal dan ‘DNA’ mereka tersendiri untuk diserapkan ke dalam sel-sel neuron pemain. Begitu juga yang ada pada jurulatih Morais.

Pada saat JDT sedang dalam tekanan, beliau tidak mudah panik. Kebijaksanaan beliau memanipulasi kelemahan pasukan lawan memberi kelebihan kepada JDT secara amnya.

[AdSense-B]

Dari 4-3-3 kepada sistem 4-2-4 memberi tekanan kepada pertahanan pasukan lawan yang menghadapi ‘ultra attacking’ dari ‘attacking force’ JDT. Umum mengetahui ‘attacking force’ JDT kini kembali menyengat walaupun sudah ketiadaan Juan Martin Lucero dan Jorge Pererya Diaz.

Dan JDT juga tidak terlalu bergantung kepada unit serangan mereka kerana hampir kesemua posisi sudah berjaya mencetak gol. Lihat saja statistik untuk bulan Julai ini.

MERUBAH  GHADDAR DARI ‘ONE MAN SHOW’ KEPADA ‘TEAMPLAY’

Ramai yang menjangkakan Mohamed Ghaddar bakal menghadapi 1001 kesulitan. Manakan tidak, kerana di Kelantan, mereka bermain dengan ‘Ghaddar rules’. Bahkan agak sukar untuk mengubah corak permainan mana-mana pemain Asia Tengah. Namun, itu bukan satu masalah untuk jurulatih Morais.

Sepanjang 6 penampilan di bawah jurulatih Morais, Ghaddar berjaya meledak 6 gol. Ini bermaksud di dalam satu perlawanan, beliau berjaya menjaringkan satu gol.

Ghaddar berubah dari pemain yang ‘fancy’ dan menunggu di ‘final third’ kepada pemain yang banyak terlibat dalam setiap gerakan serangan JDT. Lihat saja bagaimana aksi beliau menewaskan Saiful Nizam Miswan dan melakukan ‘searching pass’ ke dalam ‘D Box’ Pahang. Lihat gol pertama JDT dalam video diatas.

KESIMPULAN

Kehadiran Ulisess Morais ke dalam kem JDT mengubah suasana bilik persalinan JDT. Boleh dikatakan keputusan setiap perlawanan yang dikendalikan beliau agak memberangsangkan dan semakin menarik.

Kebanyakkan pemain banyak yang meningkat seperti Fadhli Shas, Gary Steven Robbat dan Darren Lok. Fadhli Shas sudah mencetak dua gol sepanjang diberikan kepercayaan untuk bermain manakala Darren Lok mencetak gol penyamaan sewaktu tewas kepada Selangor dalam kempen Piala Malaysia.

[AdSense-B]

Keseluruhan penulis merasakan beliau adalah jelmaan Mario Gomez bahkan mungkin tidak keterlaluan untuk penulis merasakan beliau ialah versi yang sudah di ‘upgrade’.

Keep it up coach! Apa yang anda suka dengan jurulatih Morais ini?

Baca juga: Piala Malaysia 2017: Adakah Pertemuan JDT dan Kedah Akan Berlaku Seawal Peringkat Suku Akhir?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: