Ulisses Morais Coach Baru JDT

Ulisses Morais Sudah Mempunyai Strategi Terbaik Untuk Memerangkap Kedah

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais mengakui sudah mempunyai strategi terbaik untuk memerangkap juara bertahan, Kedah pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam esok.

Kekuatan kedua-dua pasukan dilihat seimbang apabila mencatat keputusan seri 0-0 pada pertemuan terakhir Liga Super, biarpun ramai tonggak utama direhatkan.

[AdSense-B]

Pada aksi Piala Sumbangsih awal tahun ini juga berkesudahan seri 1-1, namun Kedah lebih bertuah untuk menjulang trofi itu apabila memenangi penentuan sepakan penalti 4-5.

Morais, 57, berkata beliau sudah mengkaji kekuatan dan kelemahan Kedah dan yakin anak buahnya sudah cukup bersedia.

“Kami hanya bercakap mengenai pasukan Kedah bersama pemain sahaja, tapi sudah tentu kami mengetahui mengenai kemampuan mereka sama dengan mereka mengetahui kemampuan kami. Saya sudah mengenalpasti apa yang kami perlu lakukan untuk meningkatkan permainan kami.

“Final adalah final, ia berbeza dengan perlawanan sebelum ini. Perlawanan ini penting buat kedua-dua pasukan, jadi saya menjangkakan perlawanan sukar esok,” katanya dalam sidang media menjelang aksi final trofi berprestij itu, di sini hari ini.

[AdSense-B]

Aksi final kali ini peluang terbaik Harimau Selatan mengintai kejuaraan pertama Piala Malaysia selepas tewas kepada Pahang menerusi penentuan sepakan penalti 3-5 selepas aksi 120 minit terikat 2-2 pada perlawanan akhir 2014.

Morais, bekas jurulatih kelab S.C Beira-Mar dari Portugal berkata, kejuaraan Piala Malaysia amat penting untuk mereka melengkapkan musim dengan bergaya selepas menjuarai Liga Super empat kali berturut-turut.

“Ini perlawanan terakhir musim ini, ia juga perlawanan final untuk merebut kejuaraan. Kami berada di tahap terbaik, memiliki pemain yang bagus serta berkeyakinan tinggi. Kami berusaha keras untuk ke final dan mahu memenangi perlawanan ini,” katanya.

Kali terakhir trofi Piala Malaysia diarak ke selatan tanah air apabila Johor muncul juara pada 1991 menewaskan Selangor 3-1 dan kali pertama pada 1985 dengan menundukkan Kuala Lumpur 2-0.

[AdSense-B]

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Safiq Rahim Harap Tuah Final Ketiga

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: