Luciano Figueroa Jdt 2018 Lagi

Umur Hanyalah Sekadar Nombor Buat Luciano Figueroa

Umur idak menjadi penghalang Luciano Figueroa untuk terus menyumbangkan sesuatu kepada pasukan JDT bagi menghadapi kempen Liga Malaysia pada musim depan.

Dikenali dengan nama Lucho dikalangan rakan sepasukannya, pemain berusia 36 tahun itu masih mempunyai apa yang diperlukan untuk menjalani latihan di bawah pemerhatian Ulisses Morais dan dia tetap optimis selepas tiga hari latihan yang mencabar.

Bagi Luciano Figueroa, menjadi pemain yang berada dalam bentuk fizikal yang terbaik, disiplin diri dan kesediaan untuk menjalani sesi latihan agresif adalah satu kemestian untuk meningkatkan kecergasan dan kekuatan mental.

“Ada apa dengan umur jika masih lagi bertenaga untuk berlatih kerana usia hanya sekadar angka sahaja. Jika ada daya tahan dan tahap disiplin yang tinggi maka tidak mustahil untuk beraksi dalam Liga Malaysia dan memberikan sumbangan yang positif kepada pasukan.

Luciano Figueroa jdt 2018

“Sepanjang percutian saya di Argentina, sebelum saya kembali menjalani latihan dengan JDT, saya sendiri sentiasa berlatih di bawah pelatih kecergasan untuk memastikan saya tetap bertenaga.

“Dan ia membuahkan hasil apabila saya tidak menghadapi sebarang masalah dalam menyambung semula latihan sebaik sahaja saya tiba di Johor Bahru.

“Kami tahu bahawa JDT mempunyai falsafah mereka sendiri yang mahukan semua pemain konsisten dan memberikan prestasi yang terbaik sama ada dalam latihan dan juga semasa perlawanan sebenar dan saya percaya dapat membantu pasukan mencapai kejayaan pada musim depan,” katanya.

Figueroa sangat teruja dan tidak sabar-sabar untuk bergandingan sekali lagi dengan Jorge Pereyra Diaz yang akan menjadikan barisan serangan yang kuat dan mantap untuk pasukan Harimau Selatan ketika mereka mempertahankan gelaran yang telah dimenangi.

Jorge Pereyra Diaz jdt 2018

Beliau berkata latihan pra-musim dan perlawanan persahabatan di Bangkok amat penting untuk memperbaiki dan meningkatkan kefahaman dalam pasukan, dan juga untuk Diaz dan dirinya sendiri. Kali terakhir mereka digandingkan pada musim 2015 dan kedua-duanya ingin menjadi lebih berbahaya dan kejam di depan gol.

“Kami mula kembali ke aksi kompetitif dengan perlawanan kelayakan kedua Piala ACL menentang Muangthong United FC. Jadi perlawanan persahabatan pra-musim kami menentang kelab Thailand sekurang-kurangnya membolehkan kami memiliki pemahaman yang lebih baik tentang kualiti dan gaya kelab dari sana.

“Apa pun, bagi saya JDT adalah pasukan terbaik di Malaysia dan kami pasti akan berusaha untuk mendapatkan hasil terbaik dalam persaingan bola sepak utama di benua itu kerana ia adalah impian saya untuk bermain dalam peringkat kumpulan ACL dengan JDT, “kata Figueroa.

Sumber: NST

Baca juga: Syamer Kutty Abba Janji Aksi Terbaik Dalam Kejohanan AFC B23


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: