12 Gol Mac Gol Terbaik JDT

Undi: Gol terbaik JDT untuk bulan Mac 2017

Secara keseluruhan pada bulan Mac ini, JDT menjaringkan 12 gol dari 8 pemain yang berbeza iaitu Hazwan Bakri, Safiq Rahim, Gonzalo Cabrera, R. Gopinathan, Fadhli Shas, Mahali Jasuli, Brian Ferreira dan Marcos Antonio. Daripada 12 gol ini, yang mana satukah pilihan anda untuk menjadi gol terbaik JDT untuk bulan Mac?

Secara ringkas, JDT hanya melalui 4 perlawanan dalam bulan ini kerana 2 minggu terakhir dikhaskan untuk pasukan Harimau Malaya kita. 4 perlawanan tersebut adalah untuk tiga pertandingan berbeza dan JDT mencatatkan 3 kemenangan dan 1 seri. Untuk saingan dalam Piala FA, JDT berjaya mara ke suku akhir.

[AdSense-B]

Sebelum penyokong JDT mengundi, sila tonton dahulu video dibawah ini yang kami sediakan. Sila ingat nombor untuk gol yang menjadi pilihan anda kerana terdapat pemain yang sama menjaringkan 2 atau 3 gol dalam satu-satu perlawanan.

[AdSense-B]

Sudah menonton dan sudah bersedia untuk mengundi? Jom nyatakan undian anda dibawah ini:


Undian ini dibuka sehingga Ahad minggu depan iaitu 26/3/2017. Gol terbaik JDT akan kami umumkan pada hari Isnin 27/3/2017 di fanpage kami, semuanyaJDT.com. Jangan lupa untuk LIKE fanpage kami sekarang.

Baca juga: Piala AFC 2017: JDT vs Global FC, 5 faktor kemenangan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: