Vilaverdense Dominic Tan Syameer Kutty

Vilaverdense ‘Diserang’ Peminat Bola Sepak Malaysia

Pemergian tiga pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syameer Kutty Abba, Pol Laporta dan Dominic Tan ke Portugal mencipta ‘tuah’ buat Vilaverdense apabila apabila akaun media sosial rasmi kelab divisyen tiga Portugal itu mula dihujani komen dan reaksi daripada peminat bola sepak Malaysia.

Jika sebelum ini, akaun Facebook Vilaverdense seakan ‘sunyi’ daripada komen mahupun reaksi daripada penyokong kelab yang terletak di Braga itu namun sejak pengumuman rasmi penyertaan secara pinjaman semusim dua pemain muda skuad bawah 23 tahun (B23) kebangsaan itu dan Laporta jelas mencipta situasi berbeza.

Purata reaksi yang diterima bagi setiap status yang dimuat naik di media sosial akaun kelab tersebut adalah sekitar 45 namun sejak kehadiran Muhammad Syameer, Laporta dan Dominic jumlah tersebut meningkat kepada lebih 50 dengan hampir separuh daripada reaksi adalah daripada peminat bola sepak di negara ini.

Menariknya, kebanyakan komen-komen yang diberikan peminat bola sepak Malaysia adalah dalam bahasa Melayu dan komen tersebut turut mendapat reaksi peminat bola sepak kelab Portugal itu.

Pengikut Vilaverdense ketika ini adalah sebanyak 13,983 dan jumlah tersebut dijangka akan meningkat apabila kedua-dua anak Malaysia ini bersama Laporta diturunkan beraksi untuk kelab yang dibimbing António Barbosa itu.

Senario itu jelas mencipta satu suasana baharu di kelab bersama namun perkara sama pernah berlaku pada akaun Facebook kelab divisyen satu Portugal, S.C Beira Mar apabila mereka mengikat pemain muda negara, Mohd. Nazmi Faiz Mansor pada 2013.

JDT menerusi kenyataan sebelum ini mengumumkan mengenai keputusan menghantar kedua-dua tonggak skuad B23 kebangsaan itu ke Portugal selepas cemerlang membantu pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee layak ke suku akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Pihak pengurusan bersetuju menghantar Muhammad Syamer dan Dominic ke Vilaverdensen selama setahun. Mereka berdua akan bertolak ke Portugal pada 26 Januari.

“Pastinya kedua-dua pemain ini dapat menimba lebih pengalaman di sana dan membawa satu impak positif ke dalam kelab dan negara selepas bermain di kelab luar negara,” katanya menerusi kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers baru-baru ini.

Sementara itu, Pol Laporta merupakan anak kepada Joan yang juga bekas Presiden kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.

Sumber: Utusan

Baca juga:


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *