Raul Longhi Afc

Waspada Ancaman Kelantan – Longhi

Johor Darul Ta’zim (JDT) menganggap pertembungan dengan Kelantan pada aksi Liga Super di Kota Bahru, Sabtu ini tampak berliku dan harus berwaspada dengan ancaman lawan.

Pengendali JDT, Raul Longhi menyifatkan skuad kendalian Fajr Ibrahim yang dibarisi kombinasi pemain muda dan senior tampak mampu melakar kejutan ke atas skuad Harimau Selatan dan mereka perlu turun dengan berhati-hati.

[AdSense-B]

Menurutnya, kelibat trio import Marcos Antonio, Hariss Harun dan Gonzalo Cabrera akan menguatkan kesebelasan utama JDT bagi memburu kemenangan dalam perlawanan penting itu bagi mengekalkan kedudukan tangga teratas.

“Mereka bertiga berdepan Kelantan dan misi utama adalah mencari kemenangan walaupun kami tahu ia perlawanan sukar, tambahan pula beraksi di tempat lawan dan pasukan lawan tentu akan turun habis-habisan.

jdt vs kelantan

“Sudah tiga tahun saya bersama JDT dan setiap kali menentang Kelantan, pasukan itu akan bermain ‘luar biasa’ apabila berdepan JDT, malah mereka mungkin akan tampil dengan corak permainan pantas dan pasti akan memberi tekanan kepada kami.

“Bagi Kelantan apabila menentang JDT, ia ibarat perlawanan ‘istimewa’ buat mereka dan mereka pasti mahu menewaskan kami. Apa pun kami akan turun dengan taktikal berbeza bagi mengelak hilang mata kerana ketika ini kami berkelebihan empat mata di depan Pahang dan Terengganu,” katanya.

[AdSense-B]

Pada masa sama, Longhi tidak menganggap Kelantan yang kini menghuni tangga ke-11 tampak lemah dalam saingan liga, sebaliknya berkata, pasukan bawahan menjadi pasukan berbahaya dan mampu melakar kejutan sekiranya pemain JDT kurang fokus.

Katanya, kombinasi Cabrera, Hazwan Bakri, Safawi Rasid atau Syafiq Ahmad harus bijak mengambil peluang menjaringkan gol dan berusaha memastikan tiga mata mampu diraih untuk menjarakkan lagi kedudukan.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Nik Akif Sedia Tentang JDT Habis-Habisan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: