Zikir Tenang Semasa Temuduga

Jiwa Tenang Dan Rasa Lapang, Ustaz Dr Abdullah Khairi Kongsi Amalan Zikir Semasa Pergi Temuduga

Dalam menghadapi persiapan sebelum temuduga pekerjaan, bukan sahaja persiapan fizikal seperti persediaan mengetahui soalan temuduga yang ditanya sebelum ini, ilmu temuduga yang anda perlu tahu dan jadual temuduga dan persediaan sebelum temuduga, tetapi kita juga perlu membuat persiapan rohani dan mental terutamanya kerana persediaan mental, rohani dan emosi adalah sangat penting. Jika anda tidak tenang, anda akan kelam kabut ketika menjawab temuduga nanti.

InsyaAllah, amalan-amalan dan doa-doa yang akan saya kongsikan ini akan membuatkan jiwa tenang dan rasa lapang sepanjang persiapan temuduga anda dan sehingga selesai temuduga. Dengan izin Allah…

Berikut adalah beberapa kaedah dan cara persiapan untuk ANDA sebagai pemohon kerja sebelum temuduga. Insyaallah dengan doa-doa berikut, ANDA akan berjaya dengan gemilang disertakan dengan kesungguhan yang berterusan.

AMALAN-AMALAN YANG BAGUS DIAMALKAN SEBELUM TEMUDUGA

Sembahyang sunat hajat dua rakaat : setiap malam berturut – turut : jam 12 malam

Rakaat Pertama : Baca Surah Al- Fatihah

  • Baca Ayat Qursi : 3 kali:
  • Baca Surah Al – Kaafirun : 3 kali

Rakaat Kedua : Baca Surah Al – Fatihah:

  • Baca Ayat A Manar Rasul (1 kali):
  • Baca Surah Al – Ikhlas (5 kali)

Mencuci diri sewaktu sujud terakhir rakaat kedua : Selepas baca Subhaa na Rabbial A’ala… 3 kali, Secara Qosad dalam hati :

  • Baca Astaghfirullah Hal A’azim..
  • Istighfar panjang (3 kali):
  • Baca Laa Haulawala Quwatailla… sampai habis (3 kali)
  • Baca Laa Illa Ha Illa Antasubha…. sampai habis (3 kali)
  • Memohon restu Illahi :

Ya Allah Ya Tuhanku Panjangkan Umurku Umur Keluargaku. Ya Allah Ya Tuhanku, Murahkanlah Rezeki ku, Rezeki Keluarga ku, Ya Allah Ya Tuhanku, Berikan Keberkatan dan Keredhaan Terhadap niatku, Tutur kata ku dan Segala Perbuatan ku Serta Keluarga ku, Ya Allah Ya Tuhanku, Berikanlah kejayaan Yang Cemerlang Dalam Temuduga ku kali ini Agar Cita-cita dan Impian Tercapai.

Semoga perkongsian ini bermanfaat…Selamat beramal!

Video :

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: