12 Tips Berpantang Sendiri Selepas Bersalin. Jangan Sedih-sedih
Tips Berpantang Sendiri Selepas Bersalin
Untunglah bagi yang ada emak lagi. Boleh import datang dan tinggal dengan kita. Bagi yang sudah tiada ibu lagi, tentu buntu fikiran, tidak tahu mahu buat macam mana. Mungkin ada yang masih mempunyai ibu, tetapi sudah tidak kuat. Tidak sampai hati rasanya ingin minta tolong.
Bagi yang ada mertua pula, mungkin segan silu kerana tidak biasa. Apa tidaknya, walaupun ibu kepada suami sendiri, tidak sama macam emak kita sendiri.
Bagi yang bakal berpantang sendirian, nasib baik ada yang sudi kongsikan pengalaman mereka. Ini gabungan tips berpantang sendiri yang boleh dicuba:
1. Kuatkan mental
Jerit kuat-kuat dalam hati, “Aku boleh pantang sendiri”. Percaya pada diri sendiri, jangan bersikap lembik.
2. Bangun awal
Awal bukannya pukul 7-8 pagi. Awal seperti waktu Subuh, jam 5-6 pagi. Segarkan diri dengan mandi air panas.
3. Belajar pakai bengkung
Ini agak tragis jika tiada siapa yang membantu. Untuk kalau ada suami yang sudi membantu. Jika tidak, belajar-belajar pakai bengkung sendiri. Jangan lupa pakai stokin.
4. Masak sarapan ringkas
Kalau suami ringan tulang, tanpa disuruh, dia akan bantu serba-sedikit. Kalau tidak, terpaksalah kita masak untuk keluarga.
Selepas siap mandi, agak-agak dalam jam 7 pagi, siapkan bahan untuk masak sarapan pagi. Untuk yang sudah ada anak yang sudah masuk tadika atau bersekolah, gagahkan diri untuk sediakan untuk mereka juga.
5. Sediakan baju anak
Jangan selepas mandi baru tergagau-gagau cari baju baby. Siapkan awal dan letak satu tempat. Kalau baby masih tidur lagi, rehat sebentar.
6. Mandikan anak
Bayi selalunya tidur agak lama. Lebih kurang jam 9, mandikan anak dengan air yang hangat-hangat. Tunjukkan suami, bagaimana mandikan anak. Nanti bila ada masa terluang, dia boleh cuba juga.
Bagi yang tiada water heater, suami boleh jerang air dulu. Masukkan dalam besen, bagi suam-suam kuku. Jangan panas sangat.
7. Minum pagi
Jika apa yang kita masak untuk keluarga tadi, tidak boleh dimakan, bertabahlah dengan makan roti atau biskut. Janji perut tidak masuk angin.
8. Susukan bayi
Bagi yang breastfeed baby, selalu anak akan lekat lama. Kadang-kadang, boleh cecah 1 jam menempel. Lebih kurang jam 11 pagi, anak akan tidur semula.
9. Masak lauk tengahari
Masak lauk pantang yang ringkas-ringkas sahaja. Jika tidak tahu menu apa, cuba resepi makanan selepas berpantang ini. Biasanya, akan ambil masa 1 jam. Selepas siap, enjoy makanan sementara anak masih tidur.
10. Cari tukang urut lepas bersalin
Ini sangat penting, jika blur dan tidak tahu apa-apa langsung. Lebih-lebih lagi kalau anak pertama. Cuba cari tukang urut yang ada pakej boleh masak sekali. Kalau beli lauk, boleh terus siang dan minta dia masak.
11. Hantar dobi
Kalau ada ramai anak, basuh, sidai dan lipat kain baju tentu sekali menjadi satu cabaran yang sangat besar. Untuk meringankan beban, minta suami hantar basuh dan keringkan sekali di kedai dobi layan diri yang berhampiran.
12. Cari part-time maid
Rumah tidak bersapu dan bermop? Badan penat sangat sampai tidak larat? Inilah masanya untuk cari part-time maid yang mudah didapati sekarang. Bagi yang sudah ada live-in maid, lebih mudah kerja.
Akhir kata
Semua tips berpantang sendiri ini dapat memberikan manfaat. Anda berpantang 44 hari atau berpantang 100 hari? Atau ada apa-apa lagi tips berpantang sendiri selepas bersalin yang kami belum senaraikan?
Kongsikan dengan kami di ruangan komen.
Cara penyediaan Tungku utk ibu lepas bersalin