Baru

3 Perkara Yang Dinantikan Akan Berlaku Hari Ini

Kami pasti semua penyokong JDT ternanti-natikan perkara yang bakal terjadi atau diumumkan pada hari ini. Ketika artikel ini ditulis, laman fanpage rasmi belum membuat pengumuman tersebut. Bilakah waktunya mereka akan membuat pengumuman tersebut? Sama-samalah kita nantikan.

1- Import kelima dari Asia

Sejak pengumuman musim ini pasukan di Liga Super boleh memiliki 5 pemain import, namun JDT masih kekurangan seorang pemain import dari Asia. Mengikut post terdahulu, JST akan mengumumkan pemain itu pada hari ini. Jam berapa kami sendiri tidak mengetahuinya.

[AdSense-B]

2- Sambungan video perkenanal jersi 2018

Seperti yang telah diwar-warkan, sambungan video tersebut akan dimuatnaik pada hari ini. Adakah kelibat pemain import baru akan berada dalam video tersebut? Atau ada lagend yang akan melakukan cameo dalam video tersebut? Mesti penyokong JDT sudah tidak sabar untuk menontonnya.

[AdSense-B]

3- Perlawanan pertama JDT II

Yang menarik mengenai perlawanan ini, 4 orang pemain JDT akan beraksi bersama JDT II pada malam ini. Mereka adalah Nazmi Faiz, Fazly Mazlan, Syafiq Ahmad dan Amirul Hadi untuk mendapatkan ‘match fitness’. Bagaimanakah aksi mereka pada malam ini? Dapatkan JDT II memperolehi kemenangan? Perlawanan ini boleh disaksikan secara langsung melalui aplikasi Fanskick.

Walaupun begitu, kami juga mahu melihat aksi dari Shakir Shaari dan juga Rozaimi yang berjaya menjaringkan banyak gol semasa pra-musim JDT II.

Adakah hari ini akan menjadi hari yang panjang?

Baca juga: Sandro Da Silva: Tak Sabar Robek Gawang JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: