4 Fakta Menarik

4 Fakta Menarik Mengenai Pertembungan Antara JDT dan Perak

 

Malam ini akan berlangsungnya perlawanan pertama peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2017 diantara Perak dan JDT di stadium Perak. Secara umumnya, pertembungan dua pasukan ini akan menghadirkan suasana hangat dan mengagumkan di luar dan dalam stadium.

Keputusan perlawanan di antara dua pasukan ini sukar untuk dijangka. Masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri. Namun, JDT akan berjuang sehabis baik untuk mencapai kemenangan bagi menjamin jalan ke peringkat akhir. Di sini kami bawakan 4 fakta menarik mengenai pertembungan ini.

[AdSense-B]

1- Jumlah pertembungan

Setakat ini, pertembungan antara JDT dan Perak sudah 15 kali berlaku. Namun setelah tamat peringkat separuh akhir ini, pertembungan mereka akan menjadi 17 kali. Setakat ini, pasukan yang paling banyak bertemu dengan JDT adalah Pahang dengan 16 kali.

Makanya, selepas tamat separuh akhir nanti, Perak boleh memintas kedudukan Pahang menjadi pasukan yang paling banyak bertemu dengan JDT. Adakah Perak merupakan ‘rival’ yang sebenar buat JDT?

2- Jumlah menang, kalah dan seri

JDT dan Perak sudah bertemu dalam Liga Malaysia sebanyak 15 kali. 10 perlawanan dimenangi oleh JDT, 4 perlawanan dimenangi oleh Perak dan baki 1 perlawanan adalah seri. 6 ‘clean sheets’ dicatatkan oleh pasukan JDT. Kemenangan terbesar buat JDT dengan keputusan 4-1 manakala untuk Perak dengan keputusan 3-0.

[AdSense-B]

Sebanyak 7 perlawanan berlangsung di halaman pasukan Perak dengan 4 kemenangan milik Perak dan baki 3 lagi perlawanan dimenangi oleh JDT.

3- Jaringan

JDT berjaya menjaringkan keseluruhan 21 gol dan 15 bolos. Aidil Zafuan menjadi penjaring terbanyak dalam pertembungan dua pasukan ini dengan 3 gol. Selain itu, Amri Yahyah, Lucho, Nazrin Nawi, S. Chanturu, Safiq Rahim, Lucero dan Safee Sali masing-masing menjaringkan 2 gol.

Manakalah Diaz, Ghaddar, Hazwan Bakri dan Fadhli Shas mencatatkan satu jaringan. Seramai 12 pemain JDT pernah membolosi gawang Perak. Dari 21 gol, 15 gol dijaringkan di Stadium Larkin dan baki 6 gol dijaringkan di stadium lawan.

4- Pertembungan dan pencapaian dalam Piala Malaysia

[AdSense-B]

Sejak 2015, JDT mempunyai jodoh yang kuat untuk bertemu dengan Perak. Pada tahun 2015 dan 2016, JDT dan Perak diundi dalam kumpulan yang sama. JDT menang kedua-dua perlawanan peringkat kumpulan pada tahun 2015. Manakala pada tahun 2016 JDT kalah satu perlawanan dan seri satu perlawanan peringkat kumpulan.

Untuk JDT, pencapai terbaik adalah menjadi naib juara Piala Malaysia 2014. Manakala Perak pernah menjadi juara Piala Malaysia sebanyak 7 kali.

Baca juga: Ghaddar Mahukan Kelebihan Di Bawa Balik Ke Johor

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: