4 pemain JDT yang masih belum diturunkan oleh Benjamin Mora
Setelah 12 perlawanan yang diharungi oleh JDT, hanya tinggal 4 pemain JDT yang masih belum diturunkan oleh Benjamin Mora. 2 daripadanya masih menunggu penampilan sulung bersama JDT. Mereka termasuklah yang masih mengalami kecederaan dan juga belum mendapat tempat lagi namun sudah lama kelihatan berlatih bersama pemain JDT yang lain.
Berikut adalah 4 pemain JDT yang masih belum diturunkan oleh Benjamin Mora:
1. Gary Steven Robart
Untuk musim 2016, pemain ini jarang diturunkan oleh Mario Gomez kerana terpaksa bersaing dengan Hariss Harun untuk posisi pertahan tengah bertahan. Mario Gomez meletakan Gary berada dalam kesebelasan utama dalam 5 perlawanan liga, satu perlawanan Piala FA dan 2 perlawanan Piala AFC. Kesemua perlawanan ini memberikan kemenangan kepada JDT.
Pada tahun ini, beliau masih menunggu peluang dari coach Mora untuk membuktikan yang dia boleh bermain untuk JDT. Kami harapkan, Gary akan diberi peluang untuk membuktikan sesuatu dalam tempoh terdekat. Sayanglah kalau mensia-siakan pengalaman latihan bersama Borrusia Dortmund pada tahun lepas.
2. Darren Lok
Rata-rata peminat JDT merindui kelibat beliau di atas padang. Bermain di posisi striker, kelihatan fizikal mantap dan showmanship yang baik membolehkan beliau terpilih untuk mewakili negara sebanyak 5 perlawanan setakat ini. Namun, kecederaan yang membelenggu merencatkan peluangnya untuk bermain buat JDT pada musim ini.
Kami ingin merakamkan ucapan semoga cepat sembuh supaya kami semua dapat melihat anda beraksi di padang dan juga dia tidak diturunkan ke JDT II selepas Hadi Fayyadh dinaikkan ke JDT.
3. Dominic Tan Jin Jun
Dinaikkan pangkat ke JDT pada tahun lalu, Dominic Tan masih lagi belum diturnkan oleh Benjamin Mora setakat ini. Tersenarai sebagai 20 prospek muda terbaik bola sepak ASEAN oleh FourFourtwo.com, dia memang layak berada dalam skuad JDT dan dia mempunyai pengalaman bersama skuad Frank Bernhardt (Malaysia u-22).
Bermain sebagai centre back nampaknya Dominic Tan merupakan calon yang sesuai untuk menggantikan Aidil Zafuan apabila dia bersara kelak. Memandangkan perjanjian feeder club bermula tahun depan, wajarlah coach Mora mempersiapkan Dominic lebih awal agar dia mencapai kemajuan diperlukan oleh JDT.
4. Haziq Nadzli
Seorang lagi prospek muda JDT, Haziq yang baru sahaja berumur 19 tahun dikatakan boleh mengugat kedudukan Farizal Marlias dan juga Izham Tarmizi sebagai penjaga gol utama JDT. Bersama-sama Dominic Tan dalam skuad Malaysia u-22, prestasi dia dilihat amat memberangsangkan ketika di bawah kendalian Frank Bernhardt.
Di beli dari PDRM FA, nampaknya JDT bersungguh dalam membentuk prospek muda negara cumanya beliau perlu di beri peluang sama rata dengan penjaga gol JDT yang lain. Berharap agar beliau lebih bersemangat jika di beri peluang Mora untuk menunjukkan prestasi beliau pada tahap yang lebih baik. Dia juga patut dipersiapkan lebih awal untuk memenuhi syarat feeder club.
Kesimpulan
Menjelang perlawanan piala FA menentang UITM FC nanti, ianya bergandung kepada coach Benjamin Mora untuk mencuba pemain ini. Jika tidak sebagai kesebelasan utama, sebagai pemain gantian pun boleh dipertimbangkan. Walaupun bagaimanapun, Benjamin Mora mesti lagi arif mengenai prestasi setiap pemain.
Baca juga: Kami sarankan penyokong JDT like 6 fanpage ini