5 perkara daripada tersingkirnya JDT dalam saingan Piala FA
Perlawanan suku akhir kedua Piala FA antara JDT dan Pahang baru sahaja tamat dengan kemenangan kepada JDT dengan keputusan 2-1. Namun, JDT tersingkir dalam saingan Piala FA atas kekalahan aggreget 3-4. Kami berikan 5 perkara yang dapat diambil dari perlawanan ini.
1- Posisi Azrif masih dalam uji kaji?
Jika dilihat senarai pemain JDT, Alex paling sesuai bermain diposisi tersebut. Tetapi, dengan Hazwan yang sudah pulih dari kecederaan, Cabrera juga boleh bermain diposisi tersebut dan Hazwan di sebagai penyerang ditengah. Kehadiran Azrif merencatkan serangan yang cuba diatur.
Tetapi, kami tidak menafikan juga sumbangan Azrif atas gol kedua JDT. Cuma, dengan perlawanan sepenting ini, setiap posisi mestilah diisi dengan pemain yang benar-benar boleh beraksi dengan lebih cemerlang.
2- Terlalu selesa dengan kelebihan 2 gol
Selepas berjaya mendapatkan 2 gol, pemain JDT masih terus menyerang untuk mencari gol ketiga. Namun, semakin lama serangan semakin tumpul dan mula tidak mendapat sokongan yang sewajarnya.
Pemain JDT memberikan peluang untuk Pahang untuk menguasai permainan. 2 sepakan sudut yang dipersiakan untuk melambatkan permainan dan akhirnya pintu gol JDT dibolosi.
3- Pertukaran Safiq dengan Nazmi
Pada pandangan kami, pemain yang selalu melalukan kesilapan dari pemain tengah adalah Yol. Banyak hantaran yang tidak tepat dan membahayakan pintu gol JDT. Dengan kehadiran Safiq diatas padang, banyak lagi serangan yang boleh diatur olehnya.
4- Lebih gemar bertahan
Selepas minit ke-70, pemain JDT lebih gemar bertahan dari melakukan serangan. Seterusnya, Safiq Rahim tunjang serangan JDT juga dikeluarkan. Pertukaran mode menyerang ke bertahan memang sudah menjadi kelaziman kepada pasukan JDT.
Tetapi, dengan pasukan yang lebih berbahaya dihadapan pintu gol seperti Pahang, ia seperti mengundang lebih banyak serangan ke pintu gol JDT. Dengan kepincangan barisan pertahanan dalam perlawan sebelum ini, JDT memang minta dihukum dan tertunai akhirnya.
5- Gol Pahang terlalu lewat
Disebabkan JDT sudah bertukar kepada mode bertahan dan pemain yang dibawa masuk juga untuk mengekalkan 2 gol yang berjaya dijaringkan. Malangnya, JDT dihukum pada minit yang ke-87. Tindak balas JDT selepas tuh semakin meningkatkan tekanan kepada para pemain.
Hantaran jauh sudah mula digunakan dari penjaga gol JDT sendiri. Hasilkan tiada guna disebabkan masa yang suntuk dan JDT tewas akhirnya secara aggreget.
Kesimpulan
JDT sudah terlepas 2 piala musim ini, sekarang fokus akan terarah kepada Piala AFC dan Liga Super. Sila kekalkan mode menyerang selama 90 minit dan kawal game sepenuhnya. Buanglah 5 perkara yang kami beritahu diatas untuk perlawanan seterusnya.
Baca juga: Piala FA 2017: Mampukah JDT melakukan magis di stadium Larkin?