Anti-gravity Treadmill Jdt Darren Lok

5 perkara menarik mengenai Anti-Gravity Treadmill JDT ini

Dua hari yang lepas, penyerang JDT, Darren Lok mengemaskini laman instagram nya dengan menyiarkan video tentang dia menggunakan treadmil yang jarang sekali kita lihat dengan kapsyen “another step closer ?”. Dari video tersebut dapat dilihat alat itu dinamakan Anti-Gravity Treadmill.

Darren kini sedang menjalani proses pemulihan dari kecederaan yang dialami sejak awal musim. Dia banyak melakukan pelbagai rutin kecergasan untuk kembali beraksi bersama JDT. Menurut CEO NFDP, Saiful Abu Bakar menyatakan selain JDT, anti-gravity treadmill ini telah digunakan di Penang, KPJ damansara dan juga Institut Sukan Negara.

[AdSense-B]

Anti-gravity treadmill ini berfungsi untuk mempercepatkan tempoh pemulihan sesuatu kecederaan yang berlaku terhadap seseorang pemain. Ia telah digunakan oleh banyak pemain bola sepak negara, termasuklah kelab-kelab gergasi seperti Real Madrid, AC Milan dan Wigan Athletic.

Apa yang bagusnya mempunyai treadmill ini? Apa peranan alat itu? Disini kami akan nyatakan 5 perkara menarik mengenai anti-gravity treadmill ini.

1. Konsep alat ini diambil dari teknologi NASA.

Anti-graviti treadmill ini dibangunkan menggunakan teknologi yang dipatenkan oleh NASA (National Aeronautics and Space Administration), di mana pada asasnya ia boleh mengurangkan berat atlet sekaligus mengurangkan tekanan terhadap sendi dan otot.

Ia mampu memudahkan seseorang atlet yang berada dalam kecederaan meneruskan latihan larian atau berjalan sahaja.

2. Graviti rendah = berat badan rendah = kurang tekanan pada otot

Secara amnya, ia mengurangkan impak graviti yang dikenakan ke atas badan kita dan mereka boleh meneruskan rutin harian dan latihan mereka. Makanya, ia menpercepatkan proses pemulihan kecederaan.

3. “advanced air pressure technology”

Di sini lah magic itu berlaku. Apabila atlet mula menggunakan alat ini, anggota badan dari pinggang hingga kebawah akan dikelilingi oleh ruangan seperti belon, dimana ruangan ini adalah kedap udara dan dicipta untuk mengurangkan tekanan udara dalam ruangan tersebut. Hal ini menyebabkan berat atlet dikurangkan.

Dengan menggunakan alat ini, ia membenarkan badan atlet seperti di angkat, dan atlet merasakan lebih ringan.

Jadi atlet yang menggunakan alat ini membolehkan dia membuat pelbagai sesi kecergasan dan menguatkan otot tanpa mengenakan tekanan yang berlebihan ke atas sendi. Dalam kes Darren Lok, dia boleh berlari lebih laju dan lama berbanding treadmill yang biasa.

[AdSense-B]

4. Ia juga boleh digunakan untuk proses pemulihan selepas pembedahan.

Alat ini juga membantu untuk pemulihan selepas pembedahan kerana ia mengurangkan tekanan pada sendi dan otot. Ia telah digunakan oleh Australia untuk kecederaan otot atau sendi, ACL Knee construction dan pembedahan berkaitan sendi.

5. Ikon dunia juga menggunakannya

Daily Mail UK melaporkan chef terkenal dunia, chef Gordon Ramsey dan juga personaliti terkenal Stephen Fry juga menggunakan treadmill futuristik itu. Gordon Ramsey menggunakannya mengembalikan kecergasan selepas mengalami kecederaan akibat bola sepak.

Lain-lain ikon sukan dunia seperti Kobe Bryant, Lebron James dan bintang Real Madrid, James Rodriguez juga pernah mmenyiarkan gambar mereka menggunakan alat ini.

Terbaik lah JDT!!!

Baca juga: Undi: Gol terbaik JDT untuk bulan Mac 2017

Sumber: fourthofficial.com

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: