5 perkara positif mengenai JDT 2017
Fanpage JST anda mengeluarkan satu poster dengan caption kekal positif. Tetapi, dalam situasi sekarang ini, mampukan semua penyokong JDT positif setelah JDT tersingkir dalam saingan Piala FA? Esok, kita hanya akan menjadi pemerhati sahaja. Tetapi, bergembiralah kamu dengan cuti hujung minggu yang panjang bersama 5 perkara positif mengenai JDT 2017 yang kami perhatikan sehingga hari ini.
1- Masih kekal pendahulu liga
Ada penyokong yang masih berpegang pada kenyataan ini “An ugly win is still a win” atau dalam situasi bolasepak bermaksud walaupun bermain dengan teruk atau taktikal yang negatif asalkan menang itu sudah memadai. Sekarang JDT sedang mendahului Liga Super dengan perbezaan 5 mata walaupun bermain dengan cara yang negatif.
Kami sendiri memang kurang gemar dengan corak permainan JDT sekarang ini. Kami mahukan permainan yang lebih tersusan dan melebihkan kepada serangan. Taktikal negatif seperti terus bertahan apabila sudah mendahului 2-0 dan masa masih banyak memang mengundang kepada kemarahan pencinta bolasepak itu sendiri.
Tetapi, selagi 3 mata boleh diperolehi, taktikal negatif masih berjaya mendapatkan keputusan yang positif. Kami masih anggap mendahului 5 mata memang satu perkembangan yang positif. Selain itu kita sama-sama berfikiran positif agar corak permainan akan menjadi lebih positif.
2- Masih kebal di Larkin
Dalam Liga Super JDT masih belum tewas di Larkin sejak musim 2013. Musim ini adalah musim kelima untuk JDT mempertahankan rekod ini. Rasanya dengan sorakan padu dari penyokong di stadium Larkin, kita masih dapat untuk mengekalkan rekod ini sehingga beberapa musim mendatang.
Jika mengikut kesemua kejohanan, JDT belum lagi tewas di Larkin sejak musim lepas walaupun mengharungi empat pertandingan dalam dan luar negara. Belum ada pasukan dalam Liga Malaysia dan juga luar negara yang boleh menewaskan JDT di stadium Larkin
3- Safiq menyamakan rekod Diaz
Selepas tamat musim 2016, Diaz merupakan penjaring terbanyak JDT sejak 2013 dengan 48 gol. Sehingga hari ini, Safiq Rahim telah menyamakan rekod ini ketika menjaringkan hatrik ketika menentang Melaka United. Dengan banyak lagi perlawanan, rekod ini pasti menjadi milik Safiq Rahim sedikit masa lagi.
Kami yakin Safiq Rahim boleh melakukan lebih banyak jaringan untuk JDT dan masih mempunyai kontrak yang panjang seperti dikabarkan sehingga 2020. Sebelum bersara dari bolasepak, boleh lah tinggalkan satu legasi untuk pemain-pemain yang lain bersemangat positif untuk memecahkan rekod ini.
4- Masih berada dalam Piala AFC
Piala AFC musim ini sangat penting untuk JDT dan juga Malaysia amnya. Ini kerana, kita masih berpeluang untuk mara ke peringkat seterusnya (kalah mati) dan pada masa yang sama boleh mengumpul lebih banyak mata untuk MA ranking Malaysia.
Dengan format yang berubah, JDT dijangka masih berupaya untuk melangkah sejauh mungkin dalam kejohanan ini. Bagi kami, JDT berupaya untuk sampai ke final. Positif lah rakan-rakan sekalian.
5- Hanya 2 pemain belum beraksi
Coach Mora ada melakukan pengiliran pemain untuk setiap kejohanan yang disertai. Setakat hari ini, 28 pemain telah turun beraksi dibawah coach Mora. Tinggal 2 lagi pemain yang belum beraksi iaitu Darren Lok dan juga Gary Steven Robbat.
Darren Lok mengalami kecederaan ketika awal musim dan mungkin masih lagi dalam proses pemulihan. Manakala Gary Steven Robbat, kami tidak pasti akan sebabnya. Nampak sihat aje. Mungkin belum lagi serasi dengan taktikal baru JDT. Setakat ini, pemain muda dapat bermain adalah sesuatu yang positif walaupun minit yang sedikit.
Baca juga: Skuad JDT 2018 wajar dipersiapkan dari sekarang berdasarkan 2 perkara ini