Tempat Menarik Sempena Merdeka

5 Tempat Menarik Ibu Bapa Boleh Bawa Anak Sempena Merdeka, Barulah Semangat Cintakan Negara!

Tidak lama lagi, Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-65 dan acara perakan akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos nanti setelah sekian lama tidak menyambutnya secara beramai-ramai dan meriah.

Di sinilah kepelbagaian masyrakat majmuk, berbilang budaya dan kaum dapat dilihat berkumpul bersama menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan.

5 TEMPAT MENARIK IBU BAPA BOLEH BAWA ANAK SEMPENA MERDEKA

Pada hari kemerdekaan jugalah ibu bapa mengambil peluang untuk membawa anak-anak berjalan sekitar Kuala Lumpur dan mempelajari sejarah Malaysia dengan lebih mendalam. Jom kami kongsikan 5 tempat menarik ibu bapa boleh bawa anak sempena merdeka untuk menonjolkan lagi semangat patriotik. Barulah makin semangat!

1. Tugu Negara


Sumber: Putegha

Tidak lengkap rasanya percutian ke Kuala Lumpur jika tidak ke Tugu Negara. Tugu Negara dibina pada tahun 1963 dan siap sepenuhnya pada tahun 1966. Tujuan pembinaan Tugu Negara sebagai satu penghormatan kepada lebih 11 ribu parajurut yang gugur dalam Perang Dunia Pertama. Kalau bawa anak-anak, jangan lupa untuk bergambar di hadapan Tugu dan juga ada tasik di sekitarnya. Boleh beriadah bersama.

2. Taman KLCC

Kalau dah berada di ibu kota, antara tempat wajib disinggah ialah Taman KLCC. Di sini ibu bapa boleh membawa anak kecil bermandi manda di kolam mandi yang disediakan dan dibuka khusus untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah sahaja. Sambil tunggu anak mandi kolam, ibu bapa boleh berjogging di laluan sejauh 1.3km yang disediakan. Jogging sambil bawa bendera pun boleh.

3. Muzium Negara

Kalau nak teroka sejarah Malaysia, ibu bapa boleh bawa anak-anak ke Muzim Negara. Harga tiket hanya RM2.00 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak. Pelbagai sejarah Malaysia boleh diketahui di Muzium Negara dan dibuka pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang (waktu masuk akhir adalah jam 4.00 petang)

4. Dataran Merdeka


Sumber: Time Out

Pada 31 Ogos, perarakan akan dilakukan di Dataran Merdeka dan di situlah laungan keramat “Merdeka” dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, iaitu Perdana Menteri Pertama Malaysia. Di sekitar Dataran Merdeka anda boleh bersiar-siar menangkap gambar.

5. Saloma Bridge


Sumber: NSTP

Jambatan Saloma merupakan tarikan terbaharu di Kuala Lumpur dan anda boleh menangkap gambar berlatarbelakangkan pemandangan KLCC. Nak tahu Saloma Bridge disarankan datang pada waktu malam kerana jambatan tersebut dipenuhi dengan lampu LED berwarna bendera Malaysia. Memang cantik sangat! Rugi kalau tak singgah ke sini.

Itu sahaja 5 tempat menarik ibu bapa boleh bawa anak-anak untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan. Agak-agak nak pergi mana satu dulu? Semua seronok!

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: