6 Video Yang Mengembalikan Kenangan JDT Menjulang Piala AFC 2015
Hari ini genap 2 tahun JDT berjaya mencatat sejarah sebagai pasukan pertama dari Malaysia dan juga Asia Tenggara yang menjulang Piala AFC 2015. Dalam artikel ini kami bawakan 6 video yang pasti mengembalikan memori penyokong JDT kepada perjalanan JDT mengharungi kempen Piala AFC 2015.
1- Kemenangan ke atas East Bengal dibawah jurulatih Ismail Ibrahim
Sebelum perlawanan menentang East Bengal, Jurulatih Bojan Hodak direhatkan oleh pengurusan JDT. Penganti Bojan Hodak hanya akan tiba selepas perlawanan ini. Maka, pihak pengurusan memutuskan JDT akan dilatih oleh Ismail Ibrahim buat sementara waktu.
[AdSense-B]Jurulatih Ismail Ibrahim perlu mempersiapkan JDT menjelang perlawanan ke-5 kumpulan bagi mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu kumpulan F. Tidak cukup dengan perjalanan sejauh 4,700 km, anak buah Ismail Ibrahim duji bermain di bawah hujan lebat yang dipanggil Kal Baisakhi oleh penduduk tempatan pula.
2- Kembalinya Jorge Pereyra Diaz vs Ayeyawady United
JDT sudah sampai ke peringkat 16 terbaik dan Jorge Pereyra Diaz kembali untuk menguatkan serangan JDT. Tidak sukar untuk pengurusan JDT untuk menerima kembali Diaz ke kem JDT. Penyokong juga tentunya gembira dengan situasi ini.
Dalam perlawanan ini, Diaz membuktikan dia berada di kelas yang tersendiri dan mengembirakan para penyokong JDT. Hasilnya, Diaz berjaya menjaringkan 2 gol dan 2 bantuan gol. Masihkah penyokong JDT menerima Diaz jika dia kembali buat kali kedua?
3- Safee Sali wira kemenangan ke atas South China pada suku akhir kedua
Pada masa itu JDT dibimbing oleh Mario Gomez yang merupakan bekas jurulatih South China. Pada suku akhir kedua ini, Mario Gomez kembali ke kelab lamanya dengan membawa bekalan 1-1 pada perlawanan pertama.
[AdSense-B]Dalam perlawanan ini, JDT kehilangan Luciano Figueroa setelah menerima kat merah. Namun berkat kesabaran pemain, JDT berjaya mencapai kemenangan 3-1 sekaligus melangkah ke separuh akhir Piala AFC 2015 buat kali pertama. Gol JDT dijaringkan oleh Mahali Jasuli dan Safee Sali (2 gol).
4- Gol cantik Amri Yahyah menentang Al Qadsia SC
Pada peringkat separuh akhir, JDT berdepan dengan juara bertahan Al Qadsia SC dari Kuwait. Perlawanan pertama berlangsung ditempat lawan dan tanpa Luciano Figueroa. JDT sukar untuk bersaing dengan Al Qadsia SC dan tewas dengan keputusan 3-1.
Pada minit 81′, JDT berjaya melepasi sistem pressing Al Qadsia. Velazquez kemudiannya menjumpai ruang untuk melepaskan hantaran ke laluan larian Amri Yahyah di sebelah kiri. Kelajuan hantaran Velazquez sangat baik sehinggakan Amri hanya perlu mengambil 1 sentuhan untuk menyungkit bola melepasi penjaga gol Al Qadsia.
5- Kuwait FA digantung oleh FIFA
4 hari menjelang separuh akhir kedua di Larkin, FIFA menggantung Kuwait FA daripada sebarang aktiviti bola sepak anjuran FIFA dan AFC. Ini berikutan perlaksanaan undang-undang baru kerajaan Kuwait yang mengancam autonomi dan kebebasan Kuwait FA.
[AdSense-B]Penggantungan ini sekaligus menyebabkan penyertaan 2 kelab Kuwait dalam separuh akhir Piala AFC 2015, Al Qadsia dan Kuwait SC dibatalkan. JDT dan FC Istiklol layak ke final secara automatik. Satu lagi sejarah dicatatkan oleh JDT.
6- Gol Velazquez memberikan kejuaraan Piala AFC 2015 buat JDT
Perlawanan akhir Piala AFC 2015 dilangsungkan di stadium lawan berdasarkan undian yang telah dilakukan dan hanya dijalankan sekali. Velazquez berjaya menjaringkan satu gol buat JDT pada minit ke-22 hasil dari hantaran sepakan sudut dari Safiq Rahim.
Debaran terasa hingga ke masa tambahan dan satu gol Istiklol dibatalkan kerana offside dalam masa kecederaan. Namun keputusan terus kekal hingga ke masa penamat dan JDT berjaya menjulang Piala AFC buat kali pertama.
Bonus – Video ‘Throwback’ dari JST
JST menerbitkan satu video untuk mengingati kejayaan JDT merangkul Piala AFC pada 2 tahun yang lepas. Adakah JDT akan pergi lebih jauh untuk tahun mendatang?
Baca juga: Boys Of Straits Mahu Gegar Shah Alam