AFC U23 BANGKOK

7 Pemain Dari JDT Dan JDT II Terpilih Sertai Kem Malaysia B23

Berikut senarai 30 pemain yang telah dipilih ketua jurulatih skuad Malaysia B23, Datuk Ong Kim Swee untuk hadir ke kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Isnin ini, 27 November 2017 sebagai persiapan menghadapi pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 yang akan berlangsung di Jiangsu, China dari 9 hingga 27 Januari 2018.

malaysia b23

Dalam senarai di atas, 17 pemain daripada skuad 20 pemain yang berjaya memenangi pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Ogos lalu telah dikekalkan Kim Swee dengan hanya tiga pemain digugurkan iaitu dua pemain Kedah, Amirul Hisyam Awang Kechik dan Ariff Farhan Md Isa serta penyerang Pulau Pinang, S Kumaahran yang masih dalam proses pemulihan selepas pembedahan lutut.

Sementara empat pemain yang berada dalam skuad 23 pemain ketika pusingan kelayakan di Bangkok, Thailand pada Julai lalu tetapi digugurkan dalam skuad Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 telah disenaraikan semula untuk kem latihan kali ini iaitu penjaga gol Amierul Hakimi Awang (Terengganu), Danial Ashraf Abdullah (Kelantan), Raphi Azizan Mariappen (PJ Rangers) dan Sean Eugene Selvaraj (Negeri Sembilan).

[AdSense-B]

Turut tersenarai, empat lagi pemain yang pernah dipanggil untuk beberapa kem latihan pusat sebelum ini tetapi tiada dalam skuad ketika pusingan kelayakan di Bangkok dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 iaitu penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Kelantan), Dominic Tan (JDT), Tommy Mawat Bada (PJ Rangers) dan Ahmad Khairil Anuar Zamri (Perak).

Kim Swee juga menyenaraikan lima pemain muda berusia lingkungan 17 hingga 19 tahun terdiri daripada empat pemain dari skuad B-19 kebangsaan kendalian Bojan Hodak yang berjaya layak ke pusingan akhir Kejuaraan B-19 AFC 2018 iaitu Shivan Pillay Asokan, 17, (PKNS FC), Hadi Fayyadh Abdul Razak, 17, (JDT II), Nik Akif Syahiran Nik Mat, 18, (Kelantan) dan K Thivandaran, 18, (Pulau Pinang) serta tidak ketinggalan, pemain Pahang berusia 19 tahun, Kogileswaran Raj.

Selepas tiga minggu latihan tempatan di Wisma FAM, skuad B-23 kebangsaan akan terbang ke Mokpo, Korea Selatan pada 17 Disember untuk kem latihan pusat di sana selama 14 hari sehingga 30 Disember dan kemudian terbang terus ke Nanjing, China untuk kem latihan pusat terakhir selama lapan hari sehingga 6 Januari.

[AdSense-B]

Skuad B-23 kebangsaan dijadual tiba di Changshu pada 6 Januari untuk menghadapi dua perlawanan awal Kumpulan C bertemu Iraq pada 10 Januari dan Jordan pada 13 Januari sebelum aksi terakhir berdepan Arab Saudi di Kunshan pada 16 Januari.

 Jika skuad B-23 kebangsaan berjaya muncul dua pasukan teratas kumpulan, aksi suku akhir akan berlangsung pada 20 Januari diikuti separuh akhir pada 23 Januari dan final pada 27 Januari 2018.

Sumber: FAM

Baca juga: Gabriel Guerra Menolak Ke PKNS FC Untuk Bersama JDT II?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: