Uri

Perhatian Bakal Bapa, Inilah Cara Mudah Membasuh Dan Menanam Uri Dengan Betul

Pengalaman pertama menjadi ayah dan ibu pada si manja anda adalah saat dan detik-detik yang tak dapat dilupakan oleh semua pasangan suami isteri yang baru menerima cahaya mata pertama.

Ini kerana bukan semua pasangan pernah melalui detik-detik menyambut kelahiran orang baru dalam keluarga, lain la jika ada mempunyai keluaga yang besar dapat juga melihat cara-cara menyambut ahli baru ni. Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri atau juga dikenali sebagai ‘placenta’.

Oleh kerana uri tersebut keluar dari faraj isterinya, tempat yang paling sulit dan maruah suami, maka suamilah yang sebaik-baiknya mencuci uri dan menguruskannya. Uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga. Inilah cara – cara lengkap bagi mencuci dan menanam uri, Pesan Bonda ada kongsikan caranya. Jom pelajari cara lengkap ini.

Panduan lengkap cara mencuci dan menanam uri

Dr. Zubaidi di dalam blognya ada menceritakan berkenaan uri. Menurutnya uri atau placenta adalah organ yang dibentuk di dalam rahim. Ia dibentuk bersama-sama dengan janin, bertujuan untuk pengambilan makanan dan oksigen dari ibu. Selain itu ia mengeluarkan bahan-bahan kumuh dan toksid dari janin kepada ibu agar dapat dibuangkan dari tubuhnya.

Oleh itu, uri adalah merupakan salah satu organ dalam pembentukan bayi. Ketika bayi dilahirkan, uri akan keluar bersama-sama dengan bayi. Tali pusat yang menyambungkan antara uri dan bayi akan diputuskan.

Uri dikira sebagai organ yang telah mati dan hukumnya adalah najis. Ia harus diuruskan dengan sempurna tetapi tidak berlebih-lebihan. Uri perlu ditanam dan tidak boleh dibakar. Sebagai orang Islam menyempurnakan uri itu dituntut oleh Islam.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

  1. Limau Nipis
  2. Garam
  3. Asam Jawa
  4. Asam Keping
  5. Plastik
  6. Kain Putih ( Napkin )

Cara Membasuh

1. Mulakan dengan membaca Bismillah

2. Cuci uri dengan bersih. Hilangkan kesan-kesan darah tanpa menggunakan sabun.

3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa dengan doa yang baik.

4. Lumurkan uri dengan garam dan basuh sehingga bersih.

4. Basuh uri dengan asam jawa atau asam keping untuk menghilangkan bau hanyir.

Bilas sehingga bersih.


5- Perahkan limau dan lumurkan. Ini bertujuan untuk menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan.

6- Letakkan di dalam plastik yang mudah reput seperti plastik 7-Eleven atau plastik Tesco dan ikat dengan kemas.

7- Bungkus bersama kain putih dan diikat kemas.

8- Gali tanah sedalam mungkin. Ini bagi mengelakkan dikesan oleh binatang seperti anjing dan kucing.

9- Jangan diletakkan sebarang benda asing seperti pen, pensel, lilin dan sebagainya. Dikhuatiri boleh membawa kepada syirik dan khurafat.

Secara jujurnya, membasuh uri tidaklah sukar seperti yang disangka. Lakukan dengan iklas dan sepenuh hati kerana uri yang dibasuh itu adalah zuriat kita. Titipkan doa-doa yang baik agar zuriat kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa.

Insya Allah jom share mudah-mudahan berguna kepada pasangan yang kali pertama bakal menimang cahaya mata. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Aamiin…
.
Kredit : Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani’

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: