Nadia

Ketika Sikat Rambut Anak Berdoalah, Cium Pipi Dan Dahi. Petua Lembutkan Hati

Ini satu lagi petua mak ayah boleh praktik untuk lembutkan hati anak-anak semasa sikat rambut anak. Caranya berdoalah ketika menyikat rambut anak-anak yang nak ke sekolah atau keluar berjalan-jalan. Kemudian, cium pipi dan dahinya dan berikan kata-kata yang baik. Baca selengkapnya.

Panduan ini sebenarnya perkongsian daripada Dr Zulkifli Mohamed Sharif yang dipelajari oleh Nadiatul Ashikin Abu Bakar (Nadia Bakar), 32 yang juga ibu kepada Aariz Azri, 6 dan Annur Azri, 22 bulan.

Sikat Rambut Anak Depan Cermin, Mak Bacalah Doa

Rasa nak kongsi sikit pengalaman sebagai emak yang baru “5 tahun jagung” hari ini. Biasa dengar baca selawat, tiup pada ubun-ubun anak dan bagi anak makan masakan dari air tangan ibu dapat lembutkan hati anak, serta patuh pada ibu ayah kan?

Saya belajar daripada perkongsian Dr Zulkifli Mohamed Sharif yang amalkan sikat rambut anak-anaknya. Dengan izin Tuhan anak akan patuh dan attach dengan kita.

Saya buat dengan sedikit penambahan sebenarnya.

Waktu sikat rambut anak, sambil baca doa tengok cermin.
Saya ubahsuai sikit perkataan baik kepada cantik. Nak guna “baik” pun boleh.

Ya Allah, cantikkanlah akhlak Aariz/Annur yang baik ini sebagaimana Kau cantikkan kejadiannya. Amiiiin

Anak-anak pun aminkan.

Lepas Sikat, Cium Pipi Dan Dahi Anak

Annur tengok saja muka maknya dan aktiviti sikat rambut selalunya berakhir dengan dia nak sikat tu, sambung sikat rambut sendiri. Takpe kusut masai balik. Kasi can dia eksplorasi Dora gitu.

Lepas sikat, saya cium pipi dan dahi anak-anak sambil luahkan kesyukuran depan mereka berdua.

Ibu syukur ada anak yang baik, rajin tolong ibu macam Aariz/Annur.”

Ada masanya, sebut-sebut dengan nada super excited atas apa-apa kejayaan mereka hari tu.

Bagus Aariz rajin kemas mainan lepas main. Barulah cantik rumah kita kan?”

Suami pun sama-sama praktis bila beliau sikatkan rambut anak-anak. Nampaklah kesannya. Anak pun lebih attach dengan kita. Harapnya perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada ibu ayah sekalian.

Sumber/Foto : Nadia Bakar

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: