1

Wanita Ini Kongsi Kaedah Mudah Bantu Anak-Anak Menulis Dengan Cantik Dan Kemas

Untuk kanak-kanak diperingkat awal persekolahan, antara kemahiran biasa yang cuba diterapkan oleh guru adalah kemahiran membaca, menulis dan mengira.

Selain mengasah kemahiran tersebut, guru-guru juga sebenarnya berhadapan dengan cabaran untuk membantu anak murid mereka supaya dapat menulis dengan kemas dan cantik di atas garisan buku.

Menurut perkongsian yang dibuat oleh seorang cikgu yang dikenali sebagai Faridah Salleh,terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan sebelum memberi bimbingan kepada kanak-kanak tersebut.

Antaranya adalah perlu mengenal pasti terlebih dahulu cara kanak-kanak memegang pensel. Ujarnya jika kanak-kanak memegang pensel dengan cara yang salah, ia disebabkan dengan masalah otot kanak-kanak tersebut. Oleh itu, beliau turut berkongsi beberapa sebab kenapa kanak-kanak mengalami masalah tersebut dan tips untuk mengatasinya.

Selain itu, beliau turut berkongsi beberapa kaedah yang diguna pakai olehnya melalui video supaya dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa diluar sana. Jom ikuti perkongsiannya di bawah.

CARA MEMBANTU MURID MENULIS DENGAN KEMAS DAN CANTIK PADA BUKU GARIS 1.

Hari ini seperti dijanjikan Eida akan kongsikan cara kita membantu anak-anak menulis dengan kemas di buku garis 1. Masalah utama anak ialah di buku garis 3 cantik, bila di garis 1 ke Laut China Selatan jawabnya. Ini adalah cara yang Eida guna iaitu :

  1. Pembaris pintar.
  2. Semak pastikan cara pegang pensel betul ( ada Eida share dalam video).
  3. Guna 1 jari.
  4. Huruf tinggi sampai garisan – kisah monyet.
  5. Huruf rendah – guna pembaris pintar.
  6. Huruf besar kisah monyet.
  7. Lagu tanda baca.

Sumber : Faridah Salleh

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: