Hanya Guna 4 Bahan Ini Saja Dah Boleh Buat Tauhu Telur. Chef Ini Kongsikan Cara Mudah
Tauhu telur mungkin bukan kegemaran semua orang, tapi ada anak-anak yang sangat gemarkannya. Kebiasaanya ibu-ibu akan membelinya di pasar. Tetapi kalau rajin, boleh saja buat sendiri di dapur anda. Caranya cukup mudah dan bahan yang digunakan pun sedikit sahaja.
Jika mahu lebih sihat bahan yang segar dan organik, cuba resipi yang dikongsi oleh chef Sue M Arukin. Jadi, keluarga dapat menikmati hidangan yang dijamin mutu serta kebersihannya. Selamat mencuba!
TAUHU TELUR
Bahan-bahan:
- 500 ml air soya segar (tanpa gula)
- 6 biji telur organik
- 5 gram tepung jagung
- 1/2 sudu teh garam halus
Cara Membuat:
- Di dalam mangkuk, pukul telur hingga kembang. Ketepikan.
- Di dalam periuk, satukan air soya bersama tepung jagung dan garam. Kacau rata di atas api sederhana hingga suam (jangan sampai mendidih). Sejukkan sebentar.
- Satukan telur yang sudah dipukul tadi bersama campuran soya. Tapis ke dalam mangkuk tahan panas lalu kukus selama 20 minit atau hingga tauhu mengeras. Sejukkan.
- Potong mengikut cita rasa dan goreng hingga keperang-perangan. Hidangkan!
Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: