Serunding Halia Homemade, Makanan Berpantang Paling Sedap & Sihat
Serunding daging, ayam atau organ dalaman memang ‘layan’ kalau dimakan bersama nasi putih panas-panas. Boleh makan bertambah, dua pinggan dibuatnya. Itu kisahnya bagi wanita yang tak berpantang. Kalau berpantang jawabnya makan ikan bakar dan sayur rebus sajalah ya. Tapi sampai bila lah nak bersabar dengan menu bakar dengan rebus ni kan?
Jangan buntu kala memilih makanan ketika pantang. Paling ‘best’ wanita berpantang pun boleh makan rendang dengan hebatnya.Rendang Halia ni cukup istimewa kalau wanita berpantang nak amalkan dalam diet harian setiap hari.
Tapi kenalah jaga-jaga, jangan ambil berlebihan pula ya.Macam mana nak sediakan serunding halia homemade ni? Puan Naeilah Rejab ada resipinya untuk menghasilkan serunding halia yang terbaik.
Tak hanya sedap, boleh buang angin pulak tu!Salam ceria di hari Ahad yang indah. Projek membuat Serunding Halia Homemade sesuka hati. Ke arah healthy food dan healthy life. Jom buang angin kuskus dalam badan. Nyum-nyum..
Bahan-bahan:
- Halia -diparut halus
- Bawang putih -dihiris nipis
- Ikan bilis ditumbuk
- Chilli flakes (jika suka)
Caranya:
- Basuh bersih halia dan toskan airnya.2. Kemudian panaskan minyak dan goreng halia hingga masak.
- Panaskan minyak dan goreng ikan bilis. Ketepikan.
- Lakukan langkah yang sama, iaitu goreng bawang putih hingga garing.
- Satukan kesemua bahan bersama cili dan biarkan masak dengan api perlahan.
- Apabila masak sekata, bolehlah diangkat.
Selamat mencuba!
Sumber: Petua Ibu