Signboard

Maksud Sebenar Warna, Huruf Dan Nombor Berbeza Pada Signboard Jalan Di Malaysia

Sebagai salah seorang pengguna jalan raya di Malaysia, pasti anda perasan akan perbezaan warna, huruf dan nombor pada papan tanda jalan raya.Papan tanda biru digunakan pada jalan tanpa tol di jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran.

Papan tanda hijau digunakan untuk lebuh raya bertol atau lebuhraya.

Huruf ‘E’ di papan menandakan jalan raya itu adalah lebuh raya.

Jalan persekutuan diwakili oleh nombor sahaja

Jalan negeri diwakili oleh nombor dan huruf

Huruf kuning adalah untuk nama jalan

Huruf putih adalah untuk bandar-bandar dan kawasan

Perkataan putih berlatar belakangkan warna maroon adalah destinasi perlancongan.

Perkataan berwarna oren berlatar belakangkan warna hijau adalah institusi bangunan kerajaan

Destinasi pada papan tanda disusun dari jauh (paling atas) kepada paling dekat (paling bawah).

Sumber: World of Buzz

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: