Idea Masak 2 Minit, Ini Tauhu Telur Masak Sambal Lain Dari Lain Boleh Korang Cuba
Menerusi Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), seorang individu berkongsi resepi tauhu telur yang super sedap. Kalau sebelum ini, korang mesti biasa makan tauhu telur yang dimasak sos tiram bukan? Namun untuk kali ini, wanita ini membuat sedikit kelainan dengan masak sambal tauhu.
Potong kecil-kecil
Keluar dari plastik bukak perlahan-lahan takut nnti hancur dan bilas guna air. Potong agak-agak nak besar mana.
Goreng dengan telur
Dua biji telur. Taruk garam dan perasa sedikit. Biarkan tofu rendam dalam telur nie sekejap ya. Dah siap goreng jadi macam nie ya. Ratah macam nie pn nampak sedap tau korang.
Bahan2 nya simple je
- Cili kering direndam
- Bawang 10 biji byk bwg lagi sedap(terpulang)
- Bawang putih
- Halia
- Pastu blend kan
Tumiskan cili blend dengan minyak begini. Dah garing sambal masukkan tofu. Campurkan garam gula dan ajinamoto sedikit…kacau-kacau tofu yang telah digoreng tadi.
Siap tauhu sambal
Tadaa…siap masak lunch hari nie. Sedap dan simple sahaja korang.
Sumber : Nur Asykeen