NASI GORENG TELUR IKAN BILIS

Nasi Goreng Telur Ikan Bilis, Hidangan Paling Pantas, Mudah Dan Sedap

Nasi banyak tapi lauk dah habis, ​jangan dibuang jika ada nasi lebihan masak sebelum ini kerana ia boleh jadikan nasi goreng. Walaupun nampak mudah tetapi nasi goreng asas ini yang menambahkan selera bila bersarapan nanti.

NASI GORENG TELUR IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:

3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili padi
Halia
4 biji telur
Ikan bilis
2 sudu makan sos tiram
Serbuk perasa

CARA MEMASAK:

1. Bawang segala bawang seperti bahan di atas berserta halia dan cili tumbuk masak sampai naik bau pastu masuk ikan bilis dan bila ikan bilis garing.

2. Masukkan telur semuanya. Gaul sampai ia garing. Selepas itu masukkan sos tiram 2 sudu dan gaul rata.

3. Akhir sekali masuk nasi gaul sampai sama rata semua baru masuk serbuk perasa. Siap untuk dihidangkan.

INFO:

Kalau hebdak masak untuk satu keluarga macam ada anak kecil boleh tukar dengan cili yang besar yang biasa itu.
Boleh tambah sayur kegemaran anda seperti kacang buncis atau lobak merah.
Jika ingin pedas boleh tambah cili padi.
Boleh goreng asing ikan bilis rangup dan masuk akhir sekali.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Anne Natasya D’Ismail

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: