Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur, Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai Menangis
Kerap kali kita merungut dengan harga yang semakin menaik dan kos sara hidup yang tinggi, kita jadi lupa tanggungjawab kita sebagai anak untuk membalas budi ibu kerana perbelanjaan terbatas.
Kisah seorang ibu yang ingin meminjam anaknya duit ini bakal membuatkan anda rasa sebak dan terus hubungi ibu anda yang berada di kampung halaman.
“Nak, bolehkah ibu meminjam RM300 ? Ibu perlu untuk beli barangan dapur “
Seorang ibu ingin meminjam wang dari anak lelakinya .
Dengan suara rendah di sertai rasa malu berkata ;
“Nak,bolehkah ibu meminjam RM300 ? Ibu perlu untuk beli barangan dapur ”
Anaknya tidak langsung menjawab , dengan raut muka bersahaja dia berkata ;
“Iya bu , nanti saya tanya isteri saya dulu ya..”
Seakan berat mengiyakan kerana belum tentu isterinya mengiyakan.
Ketika si anak masuk ke rumah terlihat bungkusan pampers anaknya yang sudah hampir habis , lalu terfikir ;–
Pamper sudah mahal sekarang , lebih kurang RM30 sebungkus.
Sebulan lebih kurang 2 bungkus pampers , RM60 .
12 bulan X 60 = RM720
Sekurangnya 3 tahun anak akan guna pampers = RM2160
“Maafkan anakmu ini yang tidak tahu balas budi..”
Anak tadi terfikir banyak juga pakai duit bulanan untuk membesarkan anak anaknya.
Lalu terkenangkan zaman kecilnya.
Ibunya memberikan sepenuh kasih sayang pada dia tanpa berkira. Di besarkan oleh ibunya sehingga kini sudah berjaya mempunyai keluarga yang boleh di katakan senang.
Apakah ibunya pernah meminta di balas , sekiranya di minta apakah nilai yang perlu di bayar ???
Terus si anak keluar semula dan menatap wajah ibunya yang redup di mamah usia. Dirimu telah memberikan semua kasih sayang, harta dan semuanya kepadaku tanpa harap balasan, dan semua itu kuterima dgn PERCUMA.
“Maafkan anakmu ini yang tidak tahu balas budi..”
Ibu, jangan berkata pinjam lagi yaa”
Segera ia memeluk ibunya dan mengecup keningnya dan memberi wang RM300, sambil menangis ia berkata: “Ibu, jangan berkata pinjam lagi yaa, hartaku adalah juga milikmu, do’akan anakmu ini agar selalu berbakti padamu”.
Sambil berkaca-kaca ada air bening di kelopak mata ibu ia berkata:
“Nak, di setiap keadaan ibu selalu berdo’a agar kita semua selalu dikumpulkan di dunia dan di SYURGA nanti dalam kebahagian..”
Semoga Bermanfaat.
Tanggungjawab ibu bapa adalah lebih pada anak lelaki tetapi anak perempuan juga ingin membalas jasa ibu bapa mereka.
Jangan biarkan bacaan bermakna ini tenggelam di newsfeed anda, jadikan ladang pahala dgn berkongsi ke orang lain.
Bagi PARA ISTERI ingatlah bahawa rezeki dari suamimu adalah juga hak mertuamu. Dan juga perlakukan lah ibu mertua seperti ibu kandung sendiri.
PARA SUAMI pula , ingat juga bahawa ISTERI anda juga berkeinginan juga memberi wang kepada ibu bapa mereka walaupun tanggungjawab ibu bapa adalah lebih pada anak lelaki tetapi anak perempuan juga ingin membalas jasa ibu bapa mereka.
BERTOLAK ANSUR DAN BERTIMBANG RASA.
Sumber : Mohd Fairoz