Rupanya Air Tapai Beras Buat RAMBUT Cepat Panjang & Bersinar, Amalan Nenek Moyang!
Nak rambut cepat panjang, sihat dan kuat? Apa kata anda cuba amalan nenek moyang terdahulu yang hanya menggunakan bahan semula jadi iaitu beras. Petua rambut cepat panjang, sihat dan kuat ini dikongsikan oleh Puan Suzy Honey.
Menurutnya, beras perlu direndam semalaman dalam air biasa bagi melalui proses penapaian. Tambahan pula, kaedah ini membuatkan rambut semakin bersinar kerana mengandungi bahan anti oksidan, penguat dan pemelihara kulit kepala. Jom lihat petua rambut cepat panjang di bawah!
PETUA RAMBUT CEPAT PANJANG
Akak nak kongsikan satu rahsia untuk dapatkan rambut cepat panjang, sihat dan kuat. Semestinya resipi yang akak kongsikan ini berasaskan dari bahan semula jadi dan mudah didapati.
Hanya dari dapur je sis. Jimat dan mudah!
Ini bahan-bahannya:
- 1 cawan beras
- 3 cawan air
Cara penyediaannya:
- Campurkan air ke dalam beras tadi dan biarkan selama 1 malam.
- Ini adalah proses fermentation atau dipanggil penapaian.
Cara penggunaan:
- Sebelum mandi dan shampoo rambut. Basahkan keseluruhan rambut dengan air beras tadi.
- Lebih mudah, masukkan dalam botol spray. Spray ke seluruh rambut dan pastikan ia basah pada setiap helaian rambut sambil buat urutan ke serata kulit kepala.
Ramai tak tahu rahsia ini. Sebenarnya, hasil rendaman tersebut itulah yang menjadikan ia sangat bagus untuk rambut.
Ia mengandungi bahan anti oksidan, penguat dan pemelihara kulit kepala. Bila rambut sihat sudah pasti buat rambut bertambah sinar.
Hehe! Ada yang tanya akak. Selamat dan berkesan ke untuk rambut kita? Kalian tak perlu risau.
Kerana secara amnya air beras selamat untuk semua jenis dan tekstur rambut. Air beras pekat dengan kanji. Jadi ia sesuai untuk semua jenis kulit kepala. Jadi, apa tunggu lagi. Jom kita amalkan.
SuzyHoney, mendidik amalan tradisional nenek moyang kita.
Sumber: Suzy Honey