5 Karakter Sebenar Anak Tunggal

Manja Bukan Sekadar Manja, Jangan Terkejut Bila Tahu 5 Karakter Sebenar Anak Tunggal Ini

“Bosan la asyik-asyik orang akan label anak tunggal ni manja. Mereka tak tahu fakta anak tunggal yang lain ke?”

Menjadi lumrah dalam kalangan pemikiran orang sekeliling yang agak ‘terhad’, sering melabel anak tunggal sebagai seorang yang manja dan tidak tahu berdikari. Malah ada yang mengekalkan tanggapan tersebut tanpa mengenali individu anak tunggal ini terlebih dahulu. Amboi!

Bukan hanya anak tunggal, masalah atau kelebihan dalam personaliti ini boleh berlaku tidak kira anda bilangan anak keberapa dalam keluarga. Ada fakta lain mengenai anak tunggal yang ramai terlepas pandang sebenarnya dan anda mungkin terkejut. Bukan anak kedua sahaja ya yang selalunya ‘special’…

SERING DILABEL MANJA, INI FAKTA ANAK TUNGGAL RAMAI TAK SANGKA!

Ramai yang hanya mengatakan bahawa sifat-sifat yang baik hanya pada anak sulung dan sifat nakal pada anak kedua, tetapi orang terlupa bahawa anak tunggal boleh memiliki kedua-dua sifat ini sekaligus? Dikatakan mempunya ‘only child syndrome’, rupanya ramai ahli psikologi bersetuju bahawa hanya sindrom kanak-kanak hanyalah mitos.

1.Teratur dan cepat matang

Anak tunggal biasanya menunjukkan mereka mempunyai sifat cerewet yang tinggi terhadap perincian. Mereka suka mengatur perkara yang menjadi milik mereka dengan baik. Senang cerita, mereka suka menyusun atur jadual kehidupan seharian dengan teliti supaya tidak serabut.

Biasanya mereka cenderung menepati masa dan mahir menjaga sesuatu. Terutama jika dari zaman kanak-kanak ibu ayah mengajar mereka untuk tidak merosakkan permainan atau barangan peribadi.

2.Berdikari

Orang yang berdikari tidak akan melabel mereka seorang yang berdikari jadi itulah yang sering dilakukan oleh seorang anak tunggal. Jika dikatakan manja, semua anak akan manja ketika masih kecil namun apabila meningkat dewasa mereka berdikari secara sendiri tanpa ‘menghebohkan’ kepada orang luar.

3.Bijak dalam akademik dan bakat tertentu

Disebabkan anak tunggal juga sering menjadi harapan mama papa, mereka akan berusaha untuk menciptakan kejayaan yang membanggakan. Justeru, anak tunggal cenderung untuk berjaya dalam akademik dan apa jua bidang yang diceburi kerana mendapat perhatian yang penuh.

4.Suka berjalan

Ini merupakan antara karakter yang paling betul iaitu anak tunggal lebih suka berjalan-jalan dan tidak terperap di rumah. Hasil kajian pakar mendapati, anak tunggal juga suka berjalan-jalan bukan sahaja di kawasan sekitar malah suka melancong ke luar negara! Mereka suka mencuba benda baharu dan tidak suka dikawal.

Siapa cakap mereka anti-sosial kerana anak tunggal lah yang bijak buat kawan, bermain atau bersosial. Ada juga anak tunggal yang lebih suka berjalan dengan ibu ayah mereka kerana sudah selesa!

5.Kuat berangan dan suka cakap sendiri

Mungkin ini merupakan karakter rahsia bagi anak tunggal tapi anda kena tahu bahawa anak tunggal sangat kuat berangan. Hal ini adalah perkara biasa kerana kadang-kadang si kecil anda berasa sunyi tanpa kawan di rumah dan apabila dewasa mereka cenderung untuk membuat ‘plan’ untuk diri sendiri.

*Jadi, perhatikan rakan-rakan anda yang merupakan anak tunggal mesti mereka mempunyai karakter yang anda tidak sangka bahawa mereka seorang anak tunggal. Ingat, bukan semua anak tunggal merupakan anak orang berada dan petik jari sahaja meminta apa yang diinginkan ya..

Sumber: Healthline

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: